Andalusia sedia pakej haji serendah RM45,990

SEPANG 28 Nov. – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.(Andalusia) menawarkan empat pakej haji untuk musim akan datang yang bermula pada harga RM45,990 sehingga 92,990 untuk jemaah haji terpilih awal (P1) dan jemaah rayuan. Harga pakej itu bergantung kepada kategori jemaah, jarak penginapan (hotel) dengan Masjidilharam dan Masjid Nabawi, kategori bilik (berdua hingga berempat). Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd, Md Daud Che Ngah berkata, pakej yang disediakan adalah Pakej Marsa/Amjad bermula RM45,990 sehingga RM73,990 (P1) dan RM50,990 hingga RM75,990 (rayuan). Katanya, pakej Olayan/Elaf pula bermula RM53,990 hingga…

Read More

Bekas Presiden Peru dipenjara 11 tahun

LIMA – Bekas Presiden Pedro Castillo dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun, 5 bulan dan 15 hari atas kesalahan pemberontakan dan konspirasi terhadap negara, susulan cubaan beliau untuk membubarkan Kongres pada Disember 2022. Selain hukuman penjara, mahkamah Peru turut melarang beliau daripada memegang jawatan awam selama dua tahun. Castillo, seorang bekas guru dan pemimpin kesatuan, ditahan selepas mengumumkan darurat dan cuba menggantung badan perundangan ketika menghadapi cubaan pemecatan kali ketiga. Tindakan itu disifatkan sebagai “kudeta sendiri” oleh pengkritik, dan beliau ditangkap pada hari yang sama. Dua bekas menteri dalam Kabinetnya,…

Read More

Bomba giat cari lebih 270 mangsa

HONG KONG – Sekurang-kurangnya 83 orang disahkan maut ketika pasukan bomba  terus giat mencari lebih 270 mangsa kebakaran besar yang memusnahkan tujuh daripada lapan blok pangsapuri tinggi di Wang Fuk Court, daerah Tai Po. Insiden yang disifatkan sebagai kebakaran paling dahsyat di bandar raya itu sejak lebih 70 tahun lalu bermula pada pukuk 2.51 petang waktu tempatan pada Rabu, dengan asap kelabu tebal dan api menjulang tinggi kelihatan dari kejauhan. Menjelang pukul 6.22 petang, pihak berkuasa menaikkan tahap kebakaran kepada kategori lima, paling serius dalam sistem klasifikasi Hong Kong. Ketuka…

Read More

Shamsul jumpa SPRM Jumaat

PUTRAJAYA 27 Nov. – Shamsul Iskandar Mohd Akin, akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, petang esok, berhubung dakwaan menerima wang daripada ahli perniagaan, Albert Tei. Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu dilaporkan sepatutnya hadir memberi keterangan hari ini, tetapi beliau mempunyai urusan di Sabah dan tidak sempat pulang, Shamsul Iskandar adalah seorang daripada tiga individu yang dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung klip video perbualan antara seorang wanita dan Albert. Wanita berkenaan, dikenali sebagai Sofia Rini Buyong, sudah hadir di Ibu Pejabat…

Read More

Amaran ribut tropika 27 – 29 Nov.

PETALING JAYA 27 Nov. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mengeluarkan tiga amaran iaitu Ribut Tropika, Hujan Berterusan, serta Angin Kencang dan Laut Bergelora bermula 27 hingga 29 November 2025. Ia melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor . Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, berkata, Malaysia kini berdepan cuaca tidak menentu selepas Ribut Tropika Senyar dikesan menghampiri perairan negara, sekali gus membawa hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan. Beliau berkata sistem cuaca itu berada di kedudukan…

Read More

Hakim kurang, kes naik mendadak

TANJONG 27 Nov. – Kekurangan hakim dan peningkatan mendadak kes,menjadikan institusi kehakiman berdepan cabaran semakin besar yang memaksa pelaksanaan beberapa langkah konkrit bagi mengurangkan tempoh menunggu yang panjang. Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata susulan itu, beberapa langkah konkrit dilaksanakan. Beliau berkata, isu tersebut adalah serius malahan ada seorang hakim di Johor Bahru kini mengendalikan kira-kira 800 kes aktif iaitu lebih tiga kali ganda daripada beban kerja munasabah. “Adalah mustahil daripada segi kemampuan manusia untuk seorang hakim mendengar 800 kes. Beban kerja munasabah sepatutnya sekitar 200 hingga…

Read More

Mekanisme Pampasan Setara lindungi rakyat

SEPANG 27 Nov. – Parti Bumiputera Perkasa (Putra) menggesa kerajaan melaksanakan Mekanisme Pampasan Setara, satu dasar yang mewajibkan mana-mana agensi atau pihak pelaksana membayar pampasan sekiranya projek mereka gagal berfungsi, menyebabkan banjir yang merosakkan harta benda rakyat. Pemangku Ketua Wira Putra Dr Mohamad Izwan Zainal berkata, langkah itu susulan kerajaan memperuntukkan lebih RM15 bilion sejak 2022 bagi projek tebatan banjir jangka panjang sehingga 2030, tetapi rakyat masih berdepan dengan  banjir. “Ke mana hilangnya keberkesanan projek-projek ini? Mengapa selepas peruntukan besar diumumkan, rakyat masih meredah air bah, mengangkat perabot rosak, dan…

Read More

Solat hajat khas selepas Solat Jumaat

PUTRAJAYA  27 Nov. — Semua masjid dan surau Jumaat di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah untuk melaksanakan solat hajat khas selepas solat Jumaat esok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata solat hajat itu bagi memohon perlindungan Allah SWT agar negara dan rakyat dijauhkan daripada sebarang musibah termasuk banjir, ribut dan kerosakan harta benda serta segala bentuk ujian yang menimpa masyarakat. “Semoga ia menjadi medan kita bermunajat memohon agar dipermudah segala urusan pasukan keselamatan,…

Read More