Putra tuntut kerajaan ambil 5 tindakan

SEPANG 26 Nov. –  -Parti Bumiputera Perkasa (Putra) mendesak kerajaan mengambil lima tindakan segera berhubung pendedahan yang didakwa rasuah melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing.

Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif  berkata, dakwaan yang dilaporkan secara terbuka melalui media sosial bukan sekadar isu rasuah sebaliknya menyentuh soal amanah, tadbir urus, integriti, dan maruah pentadbiran.

“Jangan biarkan slogan Madani menjadi perisai kerakusan kuasa dan permainan politik yang mencemarkan nama baik negara. Rakyat berhak tahu: siapa mengatur, siapa menerima, dan siapa berselindung di sebalik topeng integriti,” katanya.

Justeru Putra dalam kenyataannya mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan serta-merta terhadap semua transaksi dan komunikasi antara Shamsul Iskandar dan Albert Tei.

Kedua, siasatan juga perlu diperluas kepada individu atau pihak yang mengarahkan Tei untuk “berkorban” demi mendapatkan sokongan GRS kepada Perdana Menteri.

SPRM juga perlu menyiasat siapa yang mengarahkan rakaman perbualan dengan Ketua Menteri Sabah,  Hajiji Noor, serta motif di sebalik tindakan tersebut; keempat Perdana Menteri tampil menjelaskan secara terbuka sama ada beliau mengetahui atau terlibat dalam mana-mana aspek urusan ini — rakyat berhak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan yang kini tular.

Tindakan kelima adalah audit bebas terhadap semua urusan kewangan dan projek yang melibatkan Shamsul ketika menjawat jawatan Setiausaha Politik Kanan.

“Putra  tidak akan berdiam diri. Kami akan terus bersuara demi rule of law, ketelusan, dan kepentingan negara, kata Putra yang merujuk dakwaan berkaitan yang dilaporkanmedia aoaial.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment