44 korban kebakaran pangsapuri

HONG KONG – Sekurang-kurangnya 44 orang terkorban dan puluhan mangsa sedang dirawat di hospital dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh blok pangsapuri di Wang Fuk Court, Daerah Tai Po, petang semalam, Rabu.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 300 individu lagi masih hilang.

Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran, yang disifatkan luar biasa kerana merebak dengan pantas.

Tambah Lee, kompleks kediaman bertingkat tinggi itu sedang menjalani kerja pengubahsuaian ketika kebakaran berlaku dan dikelilingi perancah buluh (struktur sementara).

Ratusan penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara, manakala unit perumahan kecemasan sedang disediakan untuk mereka yang memerlukan penempatan semula.

Sementara itu, pasukan bomba dan penyelamat terus bertugas sepanjang malam, termasuk menyelamatkan seorang bayi dan seorang wanita warga emas dari salah satu bangunan yang terbakar.

Nnn

Related posts

Leave a Comment