128 korban kebakaran pangsapuri

HONG KONG – Kebakaran pangsapuri di Wang Fuk Court, Tai Po, setakat ini meragut 128 nyawa, manakala kira-kira 200 orang masih belum diketahui statusnya.

Setiausaha Keselamatan Hong Kong Chris Tang Ping-keung. tidak menolak kemungkinan lebih banyak mayat akan ditemukan apabila polis memasuki lokasi untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis Hong Kong akan mengumpulkan setiap bahan bukti dalam siasatan menyeluruh mengenai kebakaran itu yang dijangka mengambil masa tiga hingga empat minggu.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata, dipercayai kebakaran bermula pada jaring perimeter tingkat bawah Bangunan Wang Cheong, sebelum membakar papan busa penebat dan merebak dengan cepat ke bangunan lain.

Ini menyebabkan kaca pecah, api marak dengan mendadak dan merebak ke dalam bangunan, mengakibatkan bencana dengan kebakaran serentak berskala besar.

Suhu tinggi turut membakar perancah buluh dan serpihan buluh yang terbakar jatuh lalu membakar jaring perancah lain.

Sebanyak 391 jentera bomba, 185 ambulans dan 2,311 anggota bomba serta perubatan dikerahkan untuk operasi memadam dan menyelamat dengan 12 anggota bomba cedera dan seorang terkorban ketika menjalankan tugas.

Nnn

Related posts

Leave a Comment