Dr Izhar Ariff pelengkap kekuatan Vacasia

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Pelantikan Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim sebagai Penaung dan Penasihat Kehormat Vacasia Tours & Travels Sdn. Bhd. merupakan satu titik perubahan penting dalam hala tuju dan masa depan Vacasia.

Pengarah Urusannya, Adam Ibrahim berkata, energi anak muda jika digabungkan dengan pengalaman tokoh ilmuan seperti Dr Izhar, ia mampu melahirkan satu pendekatan yang progresif, relevan dan penuh nilai untuk masa depan.

Katanya, sebagai syarikat yang baharu menapak dalam industri umrah, Vacasia berdepan pelbagai cabaran, bukan sekadar urusan perniagaan tetapi amanah, juga ibadah, yang menuntut kesungguhan yang benar-benar mahu menyantuni jemaah.

Adam berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelantikan Penaung dan Penasihat Kehormat Vacasia Tours & Travels Sdn. Bhd. di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurutnya, gabungan tenaga dan kreativiti anak muda dengan pengalaman serta kebijaksanaan Dr. Mohd. Izhar Ariff diyakini mampu melahirkan pendekatan yang progresif, relevan dan memberi kesan mendalam kepada jemaah.

Katanya, kekuatan Vacasia terletak pada kepelbagaian bakat anak muda dalam operasi, pemasaran dan pengurusan acara yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah.

“Vacasia dibina sebagai organisasi yang dinamik dan bersedia untuk melangkah ke tahap lebih tinggi, namun kami sedar pengalaman dan kesarjanaan amat diperlukan sebagai panduan,” ujarnya.

Adam turut menyifatkan pelantikan Dr. Mohd. Izhar Ariff sebagai pelengkap kepada kekuatan teknikal dan kreativiti yang dimiliki pasukannya, khususnya dalam memperkukuh aspek dakwah serta bimbingan jemaah.

Katanya, Dr Mohd Izhar Ariff bukan sekadar penasihat tetapi mentor yang akan mengilhamkan keberanian Vacasia untuk berfikir lebih besar dan berkhidmat dengan lebih baik.

Beliau percaya kerjasama ini akan menjadikan Vacasia lebih berani untuk berinovasi, tanpa hilang asas ilmu, keyakinan untuk Vacasia melangkah lebih jauh, tapi masih di landasan yang betul dan semangat Vacasia untuk memberi sumbangan, bukan hanya bersaing, tetapi peluang membina legasi baru.

Menurut beliau, kepakaran Dr. Mohd. Izhar Ariff dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam, termasuk kepimpinan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, menjadi faktor utama pemilihan beliau sebagai penasihat kehormat.

“Beliau bukan sekadar tokoh akademik, tetapi pendakwah yang dekat dengan masyarakat, termasuk generasi muda melalui pendekatan kontemporari,” katanya.

Katanya, matlamat Vacasia adalah memastikan jemaah bukan sekadar menunaikan ibadah, tetapi pulang dengan kefahaman dan amalan yang mampu mengubah cara hidup seharian mereka.

“Dengan kehadiran Datuk sebagai penasihat dan mentor, kami lebih berani berinovasi tanpa terkeluar daripada landasan yang betul,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Md Daud Che Ngah dan Pengarah Urusan Andalusia Ibrahim Mat Sin.

Nnn

Related posts

Leave a Comment