KUALA LUMPUR 29 Nov. – Datuk Jamawi Ja’afar diisytiharkan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap (Parlimen Tenom) dalam pertandingan lapan penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17.
Beliau yang mewakili PH mengalahkan calon-calon KDM, StarSabah, Warisan, UPKO, Parti Impian Sabah dan dua calon Bebas.
Jamawi pernah bertanding dan menang atas tiket BN di DUN Kemabong pada 2018 sebelum bertindak keluar parti menyertai Warisan dan kembali ke pangkuan UMNO-BN pada 2020, bertanding di DUN Melalap, tetapi tewas.
Pada tahun 2022 beliau sekali lagi pertaruhkan BN bagi bertanding di kerusi Parlimen Tenom, juga tewas buat kali kedua.
Kali ini, Jamawi memenangi kerusi itu dengan majoriti 525 undi selepas memperoleh 5,064 undi mengalahkan pesaing terdekat Priscella Peter (KDM) yang memperoleh 4,539 undi, calon Bebas (Kuda) Gabriel George Tulas 2,879 undi.
Ini diikuti Junik Bajit (UPKO) 1,702 undi; Cheld Lind (Warisan) 448; Alviana Linus (StarSabah) 271; Fatimah (Bebas-Kunci) 59 dan Kevin Chong (PIS) 21.
Sementara itu, di DUN Sindumin, calon PH Datuk Yamani Hafez Musa tewas dalam pertandingan 10 penjuru selepas memperoleh 4,724 undi berbanding pemenang, Yusri Pungut (Warisan) yang memperoleh 5,086 undi.
Turut bertanding bagi kerusi itu adalah tiga calon Bebas, calon PIS, PKS, StarSabah, PN dan KDM.
Ini bermakna PH hanya mampu menang satu kerusi selepas semua calon parti komponennya dari DAP tewas.
Nnnn
