KUALA LUMPUR 29 Nov. – Keputusan tidak rasmi setakat pukul 8 malam ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) menang di sembilan kerusi termasuk kawasan Lamag yang diwakili Pengerusi BN Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin.
Turut dilaporkan menang adalah Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Athur Joseph Kurup di DUN Sook.
Selain itu Jafry Ariffin (Sukau), Anil Sandhu (Kunak), Harun Durabi (Bengkoka), Mohd Zharif Aizat Datuk Samsudin (Sekong), Datuk Salleh Said Keruak (Usukan), Zaini Tiksun (Sungai Manila), Suhaimi Nasir (Sungai Sibuga).
