PUTRAJAYA 19 Nov. – Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak tiga sen bagi tempoh 20 November 2025 hingga 26 November 2025 seiring dengan peningkatan harga minyak dunia. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, RON97 kini RM3.28 seliter dan diesel di Semenanjung Malaysia pada harga RM3.10 seliter. Sementara itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.65 seliter. Manakala harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, manakala…
Read MoreDay: November 19, 2025
Kes jenayah pelajar membimbangkan
SHAH ALAM 19 Nov. – Kes jenayah berat membabitkan pelajar kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan mengenai tahap moral, agama dan watak golongan itu, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Baginda yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), bertitah kes sedemikian juga menyebabkan imej institusi pendidikan negara tercalar. Justeru , titah baginda, sekolah dan institusi pengajian perlu melalui revolusi pendidikan dengan menitikberatkan elemen kemanusiaan, moral serta kawalan emosi selain kesedaran undang-undang. “Menerusi cara ini, kita akan dapat membentuk sebuah generasi masa hadapan yang berdisiplin serta saling menghormati,” titah baginda yang menekankan, usaha…
Read MoreMIC diminta lebih rasional
SANDAKAN 19 Nov. – Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, meminta MIC lebih rasional dan tidak mengambil keputusan yang merugikan rakyat hanya kerana tawaran pihak tertentu. Sebaliknya, beliau mengajak MIC untuk sama-sama bangkit ketika sama-sama susah dan tidak melupakan persahabatan yang sudah lama terjalin sejak dari awal penubuhan Perikatan dan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, cadangan Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, untuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MIC adalah wajar tetapi sudah banyak kali pertemuan dibuat untuk membincangkan masa depan parti itu dalam BN. Malah, beliau berkata, segala usaha juga…
Read MorePenjelasan tidak selari pemerhatian
SEPANG 19 Nov. – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengulangi gesaan supaya kerajaan memperkukuhkan garis panduan dan menguatkuasakan pemisahan jelas antara urusan rasmi kerajaan dan aktiviti parti politik ketika tempoh kempen pilihan raya. Dalam kenyataannya, BERSIH berpandangan, pemisahan antara urusan kerajaan dan parti perlu jelas, malah amalan terbaik antarabangsa juga mengusulkan supaya wujud pemisahan sumber parti dan kerajaan yang jelas ketika kempen pilihan raya berlangsung. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu malah berkata, BERSIH sudah mempunyai Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk dijadikan panduan oleh Bahagian…
Read MorePRU16: Bentuk blok pembangkang bersepadu
Oleh : Dato Dr Ibrahim Ali PILIHAN Raya Umum (PRU16) bukan sekadar pertandingan lima tahun sekali. Ini penentuan hala tuju negara yg di landa pelbagai masaalah, cabaran dan kronik. Dalam sejarah politik mana-mana bangsa, ada waktu tertentu di mana pemimpin perlu berfikir lebih besar daripada parti, lebih jauh daripada emosi, dan lebih dalam daripada kepentingan kelompok ketika negara menjadi kronik dan rakyat makin tenat. Negara telah kehilangan kedaulatan kemerdekaan dari segi kebebasan ekonomi dan rakyat terus tertekan kerana kos sara hidup. Dan hari ini, waktu itu sudah tiba untuk…
Read More22,881 kertas undi pos dikeluarkan
KOTA KINABALU 19 Nov. – Sebanyak 22,881 kertas undi pos dikeluarkan kepada individu yang layak untuk mengundi sebagai pengundi pos pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah Ke-17 yang akan berlangsung 29 November ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata ia seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi PRU DUndangan Sabah Ke-17. Katanya , pengeluaran kertas undi pos pada 17 dan 18 November dijalankan oleh petugas undi pos di semua 73 bahagian PRN. Kesemua 22,881 kertas…
Read MoreBerita pilihan…
Penduduk di Gaza kesejukan, basah kuyup
HAMILTON (Kanada): Rakyat Palestin di Gaza berdepan situasi kemanusiaan yang semakin merosot apabila hujan musim sejuk menyebabkan banjir, memusnahkan barangan serta meningkatkan tekanan dalam keluarga yang hilang tempat tinggal. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kekecewaan rakyat semakin meningkat apabila banjir memusnahkan apa sahaja yang tinggal pada mereka. “Rakyat Palestin di seluruh Gaza kini berada dalam keadaan sejuk dan basah kuyup berikutan hujan baru-baru ini, kata Jurucakap Farhan Haq memetik kenyataan ketua bantuan PBB, Tom Fletcher. Haq berkata beliau (Fletcher) menegaskan bahawa PBB dan rakan-rakannya sedang digerakkan untuk membantu, namun bantuan…
Read MoreArab Saudi sedia labur AS$1 trilion
WASHINGTON – Arab Saudi akan meningkatkan pelaburannya di Amerika Syarikat (AS) daripada AS$600 bilion kepada hampir AS$1 trilion, demikian pengumuman Putera Mahkota Mohammed bin Salman. Putera Mahkota Mohammed memberitahu pemberita di White House, bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Sementara itu, Trump mengucapkan terima kasih kepada Putera Mahkota kerana bersetuju untuk melabur AS$600 bilion di AS dan menjangkakan angka itu mungkin meningkat sedikit lagi. Putera Mahkota tiba di White House pada Selasa bagi rundingan dua hala dengan Presiden AS yang dijangka membawa kepada pemeteraian pelbagai perjanjian dua hala. Mohammed, yang…
Read More