Arab Saudi sedia labur AS$1 trilion

WASHINGTON – Arab Saudi akan meningkatkan pelaburannya di Amerika Syarikat (AS) daripada AS$600 bilion kepada hampir AS$1 trilion, demikian pengumuman Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Putera Mahkota Mohammed memberitahu pemberita di White House, bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Sementara itu, Trump mengucapkan terima kasih kepada Putera Mahkota kerana bersetuju untuk melabur AS$600 bilion di AS dan menjangkakan angka itu mungkin meningkat sedikit lagi.

Putera Mahkota tiba di White House pada Selasa bagi rundingan dua hala dengan Presiden AS yang dijangka membawa kepada pemeteraian pelbagai perjanjian dua hala.

Mohammed, yang merupakan pemerintah de facto Arab Saudi, disambut dengan upacara penuh hormat setaraf seorang raja apabila jet terbang dalam formasi V di ruang udara White House, meriam ditembak dan pancaragam Kor Marin AS memainkan lagu rasmi.

Trump menyambut ketibaan Putera Mahkota di South Portico sebelum kedua-dua pemimpin memasuki bangunan eksekutif itu.

Lawatan ini merupakan yang pertama oleh pemerintah Arab Saudi berkenaan dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment