Pemuda Pas Selangor bantah kehadiran Trump

SEPANG 27 Sept. – Dewan Pemuda Pas Selangor membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, ke Malaysia dalam mana-mana forum rasmi kerajaan susulan tindakan AS sebagai penyokong tegar Israel. Ketuanya, Mohamed Sukri Omar dalam kenyataannya berkata, kehadiran Trump bukan satu penghomatan sebaliknya suatu penghinaan terhadap rakyat Malaysia yang konsisten menolak penjajahan Zionis Israel ke atas bumi Palestin. Beliau berkata, baru-baru ini, dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika sekali lagi menggunakan kuasa veto untuk menggagalkan resolusi gencatan senjata di Gaza. “Ini bermakna Amerika secara langsung bersekongkol dengan…

Read More

Sekatan senjata global, tekanan ekonomi

NEW YORK 27 Sept. – Masyarakat antarabangsa digesa menghentikan segera serangan Israel di Gaza dengan mengenakan sekatan senjata global dan tekanan ekonomi yang lebih keras, kata Menteri Luar Mohamad Hasan. Mohamad berkata dunia tidak boleh lagi berdiam diri ketika puluhan ribu nyawa tidak bersalah terus terkorban. Justeru katanya, libat urus dengan anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi mengguna pakai Perkara VII Piagam PBB, perlu dilakukan sebagai langkah penting untuk membuka jalan kepada sekatan senjata global dan sekatan ekonomi. Beliau berkata demikian dalam ucapan di Mesyuarat Peringkat Tinggi bagi Menghentikan Pembunuhan…

Read More

Gaza: Erdogan, Trump capai persefahaman

ISTANBUL – Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatnya Donald Trump, mencapai ‘persefahaman bersama’ yang merangkumi cara melaksanakan gencatan senjata di Gaza, seterusnya mewujudkan keamanan di seluruh Palestin. “Kami menjelaskan bagaimana untuk terlebih dahulu mencapai gencatan senjata di Gaza dan seluruh Palestin, kemudian bergerak ke arah keamanan berkekalan. “Terdapat persefahaman bersama mengenai perkara ini,” kata Erdogan. Presiden Turkiye itu bertemu Trump di Rumah Putih pada Khamis, dan memberitahu wartawan ketika dalam penerbangan pulang dari AS. Jumlah negara yang mengiktiraf Palestin kini telah melepasi 150 dan untuk sokongan ini diterjemahkan di…

Read More

Palestin mohon keahlian penuh BRICS

MOSCOW – Palestin memohon keahlian penuh dalam BRICS, blok ekonomi (Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan) tetapi masih belum menerima jawapan dan buat masa ini akan terus mengambil bahagian sebagai tetamu. Duta Palestin ke Russia, Abdel-Hafiz Nofal, mengesahkan Pihak Berkuasa Palestin sudah mengemukakan permohonan itu secara rasmi. “Namun seperti yang anda tahu, Palestin mempunyai syarat tertentu. Saya percaya sehinggalah syarat ini membolehkan kami menjadi ahli penuh, Palestin akan mengambil bahagian dalam kesatuan itu sebagai tetamu. Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang jawapan,” katanya. BRICS ditubuhkan pada 2006 oleh…

Read More

Starbucks kurangkan 900 pekerja

LOS ANGELES – Rancangan penstrukturan semula Starbucks akan turut mengurangkan kira-kira 900 jawatan bukan runcit dan menutup sekitar 200 premisnya di Amerika Utara. Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Brian Niccol, jumlah keseluruhan kedai yang dikendalikan syarikat di Amerika Utara dijangka berkurangan kira-kira satu peratus pada tahun fiskal 2025. Niccol dalam kenyataannya berkata, syarikat itu akan menamatkan tahun fiskal dengan hampir 18,300 cawangan Starbucks di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Dalam masa yang sama, Starbucks juga merancang untuk menaik taraf lebih 1,000 cawangan dalam tempoh 12 bulan akan…

Read More

PKR, PH tidak dapat banyak kerusi

KOTA KINABALU 26 Sept. – PKR hanya bertanding di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang manakala beberapa kerusi lagi ditandingi rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH). Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau menerima kedudukan PKR dan PH yang tidak mendapat banyak kerusi untuk ditandingi tetapi yang penting ialah hubungan baik antara negeri dan Persekutuan dapat dikekalkan selepas PRN. “Masa pilihan raya nanti kita kena fikir baik-baik. Ada PKR tanding, contoh di Inanam, Peto (Datuk Peto Galim), ada dengan rakan dalam PH dan ada kawasan kita pakat…

Read More

AS$42 juta kepada Palestin sejak 2024

NEW YORK 26 Sept. – Malaysia membuktikan komitmen berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin dengan menyalurkan lebih AS$42 juta (RM177 juta) dalam bentuk bantuan kemanusiaan dan sokongan pemulihan semula Gaza sejak 2024, Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata, Malaysia menyumbang AS$17 juta (RM72 juta) menerusi Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin sejak tahun lalu. Berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri Penyokong Palestin di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, beliau turut mengumumkan tambahan AS$25 juta (RM100 juta) sebagai bantuan kemanusiaan dan pemulihan semula Gaza. Dalam pada itu, Mohamad menggesa negara anggota PBB memastikan…

Read More

ADUN Pas mohon maaf kepada Syahredzan

BANGI  26 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas bagi Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah, memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan (DAP) berhubung satu kenyataan pada 2022 dan 2023. Kenyataan itu dibuat semasa acara Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum 2022 dan Pilihan Raya Negeri Selangor 2023. Menerusi permohonan maaf yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini, Shafie mengakui bahawa beliau membuat dakwaan palsu yang antaranya menyatakan Syahredzan bukan seorang Muslim yang jujur dan taat beragama serta menyokong ideologi komunis. “Saya mengakui bahawa…

Read More