Starbucks kurangkan 900 pekerja

LOS ANGELES – Rancangan penstrukturan semula Starbucks akan turut mengurangkan kira-kira 900 jawatan bukan runcit dan menutup sekitar 200 premisnya di Amerika Utara.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Brian Niccol, jumlah

keseluruhan kedai yang dikendalikan syarikat di Amerika Utara dijangka berkurangan kira-kira satu peratus pada tahun fiskal 2025.

Niccol dalam kenyataannya berkata, syarikat itu akan menamatkan tahun fiskal dengan hampir 18,300 cawangan Starbucks di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Dalam masa yang sama, Starbucks juga merancang untuk menaik taraf lebih 1,000 cawangan dalam tempoh 12 bulan akan datang bagi meningkatkan reka bentuk dan pengalaman pelanggan

Niccol berkata, syarikat akan menawarkan ‘pampasan pemberhentian kerja dan pakej sokongan termasuk lanjutan faedah’ kepada pekerja yang terjejas.

“Pada tahun fiskal 2026, kami akan meningkatkan bilangan kedai kopi yang dikendalikan seiring dengan pelaburan berterusan dalam perniagaan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment