Azmin tidak layak jadi pemimpin Bersatu

KUALA LUMPUR 29 Sept.  – Cerita ‘video intim’ Mohamed Azmin Ali yang tular pada 2019 kini  ‘diputar semula’ , kali ini oleh bekas Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Wan Saiful dalam kenyataan pada satu sidang media hari ini berkata, beliau menerima maklumat baharu berkaitan video itu yang mendakwa siasatan forensik terhadap video membabitkan Mohamed Azmin di Sandakan itu sebagai tulen. Justeru katanya, Mohamed Azmin tidak layak untuk menjadi pemimpin Bersatu selagi kontroversi berhubung video tular yang didakwa membabitkan dirinya pada tahun 2019…

Read More

Genosid paling tidak berperikemanusiaan

PUTRAJAYA 28 Sept. – Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin sebagai genosid paling tidak berperikemanusiaan dalam era moden yang dilakukan tanpa rasa bersalah dan secara terang-terangan mencabul nilai kemanusiaan sejagat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, sejak penubuhan negara Israel lebih 70 tahun lalu, rantau Asia Barat tidak pernah aman, dan konflik yang berterusan ini menjadi satu ironi sejarah apabila bangsa Yahudi yang dahulunya ditindas oleh rejim Nazi kini bertindak menindas bangsa lain. Apabila Nazi menindas orang Yahudi, ramai yang bersimpati terhadap penderitaan mereka. Tetapi kini, orang yang…

Read More

PRN Johor : Pimpinan pusat tentukan

TASEK GELUGOR 28 Sept. – Kepemimpinan parti di peringkat negeri boleh mencadangkan apa sahaja yang mereka inginkan berhubung pertandingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tetapi keputusannya terletak kepada pimpinan peringkat nasional. Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata sama ada wakil negeri, Pemuda mahupun Wanita, pihak berkenaan boleh mengemukakan apa sahaja cadangan atau usul, yang merupakan satu perkara biasa bagi parti politik. “Itu (cadangan atau usul) perkara biasa dalam mana-mana parti sekali pun, tetapi keputusan akhir akan dibuat oleh kepemimpinan tertinggi di peringkat nasional,” katanya ketika diminta mengulas usul dikemukakan Amanah Johor.…

Read More

Saudi mula persiapan haji lebih awal

MAKKAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memulakan kerja lapan bulan lebih awal bagi menambah baik perkhidmatan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman ibadah jemaah bagi musim Haji 1447 Hijrah. Menurut laporan media, setakat ini, kementerian melaksanakan beberapa inisiatif utama, termasuk berkoordinasi dengan wakil dari lebih 60 negara melalui pejabat urusan haji mereka. Pihak kementerian juga mengadakan lebih 50 mesyuarat bagi melancarkan inisiatif bas Saudi yang bertujuan meningkatkan sistem pengangkutan jemaah. Menerusi platform Nusuk Masar, kementerian meluluskan 16 syarikat yang memberikan perkhidmatan kepada jemaah dari luar negara, menyelesaikan automasi panduan perkhidmatan…

Read More

Bayi baru lahir hadapi risiko kematian

GAZA – Bayi pramatang dan yang baru lahir di Semenanjung Gaza kini berjuang untuk terus hidup dalam keadaan serba kekurangan berikutan kekurangan bekalan ubat-ubatan akibat penutupan lintasan sempadan oleh Israel. Mereka menghadapi kesukaran bernafas berikutan kekurangan bekalan ubat dan berdepan risiko kematian dan krisis kesihatan yang serius. Unit rawatan rapi bayi Hospital Al-Tahrir di Kompleks Perubatan Nasser, selatan Gaza menjadi simbol jelas malapetaka itu apabila sebuah video memaparkan suasana memilukan keluarga yang tidur di lantai bersama bayi mereka di unit rawatan luaran Hospital Al-Tahrir. Keadaan kesihatan mereka merosot akibat majoriti…

Read More

FAM didenda: PN tuntut siasatan bebas, telus

SEPANG 27 Sept. – Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menuntut agar siasatan bebas dan telus dijalankan segera, berhubung keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan denda RM1.9 juta (CHF 350,000) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Takiyuddin Hassan berkata siasatan itu juga turut melibatkan keputusan FIFA menggantung serta mendenda tujuh pemain selama setahun akibat penggunaan dokumen yang dipalsukan berdasarkan Artikel 22, Kod Etika Fifa (FDC). Menurut Takiyuddin, rakyat khususnya peminat bola sepak tempatan amat kecewa dengan insiden memalukan ini dan mereka berhak marah kerana nama baik negara…

Read More

PM pertahan ASEAN jemput Donald Trump

SANDAKAN 27 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara bulan depan. Perdana Menteri berkata, Malaysia akan menggunakan platform diplomasi berkenaan untuk terus menyuarakan isu Palestin. Katanya, Malaysia perlu bijak berunding dan mengekalkan suara yang tegas dalam mempertahankan kebenaran, namun dengan cara berstrategi. Menurut Perdana Menteri, walaupun bukan negara besar, Malaysia tetap dihormati dunia kerana pendirian yang konsisten dalam mempertahankan keadilan serta kebebasan bersuara di pentas antarabangsa. Malaysia katanya, lantang mempertahankan Palestin, tetapi pada masa…

Read More