Gaza: Erdogan, Trump capai persefahaman

ISTANBUL – Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatnya Donald Trump, mencapai ‘persefahaman bersama’ yang merangkumi cara melaksanakan gencatan senjata di Gaza, seterusnya mewujudkan keamanan di seluruh Palestin.

“Kami menjelaskan bagaimana untuk terlebih dahulu mencapai gencatan senjata di Gaza dan seluruh Palestin, kemudian bergerak ke arah keamanan berkekalan.

“Terdapat persefahaman bersama mengenai perkara ini,” kata Erdogan.

Presiden Turkiye itu bertemu Trump di Rumah Putih pada Khamis, dan memberitahu wartawan ketika dalam penerbangan pulang dari AS.

Jumlah negara yang mengiktiraf Palestin kini telah melepasi 150 dan untuk sokongan ini diterjemahkan di lapangan, masyarakat antarabangsa digesa bertindak tegas dan mengambil langkah sewajarnya.

Erdogan menegaskan penyelesaian dua negara kekal sebagai ‘formula untuk keamanan berkekalan’ di Asia Barat sambil memberi amaran bahawa keadaan semasa tidak boleh berterusan.

“Trump juga sedar bahawa keadaan tidak boleh berterusan seperti ini. Kami membincangkan bencana kemanusiaan di Gaza dan krisis di Syria. Saya menyokong visi Presiden Trump untuk keamanan global. Kami mencapai kata sepakat mengenai keperluan menghentikan pertumpahan darah,” katanya.

Mengenai Syria, Erdogan berkata pertubuhan pengganas ‘tidak mempunyai tempat dalam masa depan Syria dan tidak akan pernah ada’, sambil menyeru masyarakat antarabangsa mengambil langkah untuk keamanan dan kestabilan di negara itu.

Beliau berkata perbincangan dengan Trump berlangsung ‘dalam suasana ikhlas, membina dan produktif sambil menjelaskan hubungannya dengan Trump sebelum ini sangat baik.

Erdogan turut memuji layanan Rumah Putih di mana beliau disambut dengan baik oleh Trump dan delegasinya, dan pulang dengan rasa puas hati.

“Ia adalah kunjungan indah yang tidak boleh dicemari dengan sebarang fitnah.,” kata Erdogan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment