‘Abah’ sedih, kecewa tetapi Bersatu kekal bersatu

SHAH ALAM 7 Sept. – Kekecohan yang tercetus ketika beliau menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu semalam menyebabkan Muhyiddin Yassin memanggil mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi membincangkan insiden itu. Muhyiddin yang kecewa dengan kekecohan itu tidak menduga perkara itu berlaku ketika beliau sedang menyampaikan ucapan dasar penting dan mesyuarat khas MPT itu dipanggil bagi menastikan isu ini tidak diputar belit oleh pelbagai pihak. Beliau yang sebelum ini mesra dipanggil abah mengakui sedih dan tersentuh apabila membaca laporan media mengenai kekecohan yang berlaku. “Walaupun saya…

Read More

Hamzah tidak akan khianati Muhyiddin

SHAH ALAM 7 Sept. – Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin tidak akan mengkhianati  Muhyiddin Yassin sebaliknya menegaskan akan menjadi penyokong nombor satu yang akan mempertahankan presidennya itu. “Saya bukan pengkhianat tapi mahu jadi seorang sahabat yang duduk sebelah presiden. Adik kepada presiden. Orang suruhan kepada presiden. Yang penting kita menang pilihan raya, di mana kita boleh tentukan masa depan kita,” katanya. Ketua Pembangkang itu membuat kenyataan itu semasa berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025 di sini hari ini. Hamzah dalam ucapannya menjelaskan tidak wujud ‘si kitol’…

Read More

Armada, Srikandi Muda namakan Muhyiddin calon PM

SHAH ALAM 7 Sept.- Di sebalik kekecohan ketika Ucapan Dasar Presiden yang kedengaran laungan supaya Muhyiddin Yasin berundur, dua sayap Bersatu sepakat mahukan bekas Presidennya itu dinamakan sebagai calon Perdana Menteri mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU). Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dinamakan sebagai calon Perdana Menteri oleh Armada dan Srikandi Muda. Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham, ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) itu berkata Muhyiddin adalah sosok paling layak menerajui parti itu dalam usaha menawan semula Putrajaya pada PRU16.…

Read More

Muhyiddin bukan sekadar ahli politik

KUALA LUMPUR 7 Sept.- Ucapan Dasar  Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu malam tadi bukan retorik tetapi disertai pelbagai cadangan demi masa depan rakyat dan negara dengan ulasan perihal masaalah semasa di bawah Kerajaan Madani yang bercelaru dan cacar marbar. Presiden Putra Ibrahim Ali berkata, berdasarkan ucapan itu, Muhyiddin mempunyai pemikiran yang tuntas sebagai seorang pemimpin yang progresif. Katanya, ketika dalam dunia politik, ramai yang menjadikan kuasa sebagai “ghanimah”  tetapi Presiden Bersatu ity memilih jalan yang berlawanan arus yang menjadikannya bukan sekadar ahli politik, tetapi seorang negarawan. “Ia bukan…

Read More

Gerhana bulan penuh 7 & 8 September

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 7 hingga 8 September 2025. Peristiwa astronomi yang sangat dinantikan itu dikehali dengan nama Blood Moon, gerhana ini akan memberikan bulan warna kemerahan disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari yang melalui atmosfer Bumi. Gerhana bulan penuh berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan, menyekat cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan. Fenomena ini akan berlangsung sekitar 2.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan perigee (kedudukan terdekat dengan Bumi), pada jarak kira-kira 364,773…

Read More

Hari ketujuh, jualan SARA RM100 juta

PUTRAJAYA 7 Sept. – Setakat pukul 10.30 malam tadi, iaitu hari ketujuh,  pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan RM100 juta, membabitkan 1.7 juta penerima. Menurut Kementerian Kewangan,  kadar transaksi berjaya meningkat kepada 99.9 peratus berbanding 99 peratus semalam. Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang enam hari lalu telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai semalam. “Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lalu, lebih 10 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah…

Read More

Wawasan Kemakmuran Bersama janji PN

SHAH ALAM 7 Sept. –  Wawasan Kemakmuran Bersama yang bertujuan membolehkan rakyat berbilang kaum berkongsi kemakmuran negara secara adil dan saksama akan diperkenalkan jika Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) mendapat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, wawasan itu tidak akan meminggirkan agenda Bumiputera akan dilaksanakan. “Kita juga akan melindungi hak semua rakyat untuk memiliki harta dan menolak segala bentuk undang-undang yang hanya menguntungkan segelintir pemaju seperti Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB),” katanya. Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, antara perkara lain yang…

Read More

Selamatkan tebusan sekarang

TEL AVIV – ‘Presiden Trump, selamatkan Tebusan Sekarang’ dan ‘Legasi Trump runtuh selagi perang Gaza berterusan’ adalah antara sepanduk yang dipamerkan dalam himpunan puluhan ribu rakyat Israel di Tel Aviv. Perhimpunan di dataran awam di luar ibu pejabat tentera itu adalah untuk menggesa secara langsung kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, campur tangan bagi menamatkan perang di Gaza dan pembebasan tebusan. Semakin ramai rakyat Israel menunjukkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang mengarahkan tentera menawan bandar utama Gaza, yang dipercayai menempatkan tebusan. Keluarga tebusan dan penyokong mereka khuatir…

Read More

Serangan berterusan, penduduk diarah pindah

TEL AVIV – Tentera Israel mengulangi arahan supaya penduduk Palestin di bandar Gaza supaya berpindah ke selatan, kawasan pantai yang ditetapkan di Khan Younis, ketika pasukannya mara menghampiri kawasan bandar terbesar di wilayah itu. Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, menerusi kenyataan di platform X berkata, kawasan itu sebagai ‘zon kemanusiaan’, dengan jaminan mereka akan menerima makanan, rawatan perubatan dan tempat perlindungan di sana. Tentera Israel turut mengeluarkan amaran pemindahan kepada orang awam di kawasan tertentu di bandar itu kerana serangan akan dilancarkan dalam masa terdekat. Beberapa jam kemudian, tentera Israel…

Read More