Hari ketujuh, jualan SARA RM100 juta

PUTRAJAYA 7 Sept. – Setakat pukul 10.30 malam tadi, iaitu hari ketujuh,  pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan RM100 juta, membabitkan 1.7 juta penerima.

Menurut Kementerian Kewangan,  kadar transaksi berjaya meningkat kepada 99.9 peratus berbanding 99 peratus semalam.

Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang enam hari lalu telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai semalam.

“Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lalu, lebih 10 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah perbelanjaan rakyat daripada tujuh hari mencecah RM641.9 juta di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Bantuan SARA kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas yang disalurkan secara sekali beri melalui MyKad bermula 31 Ogos itu memberi manfaat kepada 22 juta rakyat, melibatkan peruntukan RM2 bilion.

Nnn

Related posts

Leave a Comment