Gerhana bulan penuh 7 & 8 September

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 7 hingga 8 September 2025.

Peristiwa astronomi yang sangat dinantikan itu dikehali dengan nama Blood Moon, gerhana ini akan memberikan bulan warna kemerahan disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari yang melalui atmosfer Bumi.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan, menyekat cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan.

Fenomena ini akan berlangsung sekitar 2.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan perigee (kedudukan terdekat dengan Bumi), pada jarak kira-kira 364,773 km.

Kejadian ini akan berlaku dengan jelas di kawasan Eropah, Afrika, Asia, Australia, dan New Zealand manakala bagi Malaysia, gerhana bulan penuh ini dijangka berlangsung sepanjang malam dari 7 September hingga awal pagi 8 September.

Gerhana bulan penuh pada kali ini akan memberi kesan visual yang sangat menarik, kerana pada kemuncaknya, bulan akan kelihatan berwarna merah atau jingga.

Ini adalah hasil daripada pembiasan cahaya Matahari melalui lapisan atmosfera Bumi yang menyebabkan cahaya biru tersebar, manakala cahaya merah lebih dominan.

Related posts

Leave a Comment