Polis siasat video “hate content” Akmal Salleh

TANJONG 15 Ogos  – Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman (USJT) mengambil alih siasatan berhubung satu video tular melalui platform Facebook atas nama Akmal Salleh yang dikatakan mengeluarkan kenyataan boleh dikategorikan ‘hate content’. Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata dalam pautan video itu, Akmal Salleh dikatakan mengeluarkan kenyataan yang dipercayai boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat dan menggugat ketenteraman awam. Dalam satu kenyataan malam ini, beliau berkata, pada 12 Ogos 2025, pihak polis menerima satu laporan yang dibuat di Bukit Mertajam dekat sini berkaitan pautan video yang ditularkan…

Read More

Kalau diam, tercapailah matlamat mereka

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan terus bekerja dan memperjuangkan kerjaya politiknya meskipun terdapat pihak mencadangkan supaya berehat sebentar daripada dunia politik. “Ada yang cadang saya berehat sebentar, tapi hidup dan tanggungjawab mesti diteruskan,” kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam Facebook hari ini. Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata walaupun keluarganya menerima ugutan, namun hidup dan tanggungjawabnya perlu diteruskan. “Saya bukanlah tidak ada hati perut pentingkan politik dalam keadaan sekarang, tetapi matlamat ugutan terhadap keluarga dibuat supaya saya putus asa dan duduk…

Read More

Akmal diminta hadir di IPD Dang Wangi

SEPANG 15 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Salleh telah dihubungi pegawai penyiasat Bukit Aman untuk beliau menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur pada pukul 11 malam ini. Menerusi satu hantaran video di Facebooknya, beliau menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama yang sebaik mungkin untuk pihak polis. “Dan jika ini harga yang saya perlu bayar untuk menjaga kehormatan negara ini, tak apa, saya rela, saya akan lawan habis-habisan,” katanya tanpa menyatakan tujuan dipanggil pihak polis. Bagaimanapun sebelum itu DAP mengarahkan sayap parti itu Pemuda…

Read More

Bermakna putus hubungan dengan UMNO?

SEPANG 15 Ogos – “Putus hubungan dengan saya = putus hubungan dengan Pemuda UMNO = putus hubungan dengan UMNO. Ok. Bring it on,” . Itu reaksi ringkas Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh. Dr Akmal memberi reaksi tersebut susulan kenyataan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang yang menggesa kepemimpinan parti itu memutuskan hubungan politik dengannya khususnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang . Gesaan itu dibuat sebagai bantahan DAPSY terhadap tindakan Ketua Pemuda UMNO itu yang didakwa bersifat provokasi berhubung isu pemasangan bendera terbalik yang membawa kepada…

Read More

DAPSY saran DAP putuskan hubungan dengan Akmal

SEPANG 15 Ogos – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang menggesa kepemimpinan parti itu memutuskan hubungan politik dengan Dr Akmal Saleh khususnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang susulan tindakan Ketua Pemuda UMNO itu yang didakwa bersifat provokasi. Dalam kenyataannya, DAPSY menyifatkan gelagat Akmal semakin melampau dalam kaedah berpolitiknya yang kini menjadi ancaman nyata kepada keharmonian nasional dan kedaulatan undang-undang. “DAPSY Pulau Pinang menegaskan bahawa perbuatan sebegini tidak boleh dimaafkan dan menggesa DAP dan DAPSY Kebangsaan untuk memutuskan semua bentuk hubungan kerjasama politik dengan Akmal khususnya dalam PRU yang…

Read More

DAPSY seluruh negara lapor polis

KUALA LUMPUR 15 Ogos – DAP mengarahkan sayap Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap perarakan dan demonstrasi di depan sebuah kedai logam di Kepala Batas semalam. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, walaupun polis memberi amaran supaya tidak ada sebarang perhimpunan, tetapi masih berlaku dengan diketuai Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Salleh. “Tindakan tersebut merupakan satu bentuk buli dan ugutan terhadap peniaga tersebut walaupun siasatan masih dijalankan dan beliau telah memohon maaf terhadap kesilapan pemasangan bendera,” katanya dalam satu kenyataan. Semalam Dr Muhamad Akmal…

Read More

Singapura banteras rokok elektronik

SINGAPURA – Sebanyak 65 kes membabitkan pemilikan, penjualan atau pengimportan rokok elektronik (e-vaporiser) yang mengandungi etomidate sedang disiasat pihak berkuasa. Setakat semalam, lima individu sudah didakwa di mahkamah kerana menjual atau mengimport e-vaporiser bercampur etomidate, itu yang diklasifikasikan sebagai dadah terkawal Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah. Di bawah akta itu, pesalah yang didapati menggunakan e-vaporiser bercampur etomidate akan dikenakan pengawasan serta pemulihan mandatori. Kementerian Kesihatan (MOH) dan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA), Singapura mempergiatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan berkaitan peranti tersebut termasuk e-vaporiser bercampur etomidate. Menurut satu kenyataan,…

Read More

Pakistan tubuh pasukan baharu

ISLAMABAD – Pakistan yang menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-78, menubuhkan pasukan baharu dalam angkatan tenteranya bagi menyelia keupayaan tempur peluru berpandu dalam konflik konvensional. Penubuhan pasukan yang dilengkapi teknologi moden itu dilihat sebagai usaha menyaingi seteru utamanya, India. Perdana Menteri, Shehbaz Sharif mengumumkan penubuhan Army Rocket Force semalam dalam satu majlis di Islamabad bagi memperingati konflik terburuk dengan India dalam tempoh beberapa dekad pada bulan Mei lalu. Beliau yang tidak mengulas lanjut mengenai butiran penubuhan pasukan berkenaan menyifatkan pasukan itu sebagai pencapaian penting dalam memperkukuh keupayaan tempur tentera Pakistan. Seorang…

Read More