Bermakna putus hubungan dengan UMNO?

SEPANG 15 Ogos – “Putus hubungan dengan saya = putus hubungan dengan Pemuda UMNO = putus hubungan dengan UMNO. Ok. Bring it on,” . Itu reaksi ringkas Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh.

Dr Akmal memberi reaksi tersebut susulan kenyataan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang yang menggesa kepemimpinan parti itu memutuskan hubungan politik dengannya khususnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang .

Gesaan itu dibuat sebagai bantahan DAPSY terhadap tindakan Ketua Pemuda UMNO itu yang didakwa bersifat provokasi berhubung isu pemasangan bendera terbalik yang membawa kepada perhimpunan di Kepala Batas semalam.

DAPSY dalam kenyataan menyifatkan gelagat Akmal semakin melampau dalam kaedah berpolitiknya yang kini menjadi ancaman nyata kepada keharmonian nasional dan kedaulatan undang-undang.

“Perbuatan sebegini tidak boleh dimaafkan dan menggesa DAP dan DAPSY Kebangsaan untuk memutuskan semua bentuk hubungan kerjasama politik dengan Akmal khususnya dalam PRU yang akan datang,” kata kenyataan itu.

DAPSY mendakwa tindakan Akmal yang secara terbuka mengugut pendakwa raya dan diikuti dengan himpunan berhubung isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu pencabulan serius terhadap kedaulatan undang-undang.

Nnn

Related posts

Leave a Comment