Polis siasat video “hate content” Akmal Salleh

TANJONG 15 Ogos  – Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman (USJT) mengambil alih siasatan berhubung satu video tular melalui platform Facebook atas nama Akmal Salleh yang dikatakan mengeluarkan kenyataan boleh dikategorikan ‘hate content’.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata dalam pautan video itu, Akmal Salleh dikatakan mengeluarkan kenyataan yang dipercayai boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat dan menggugat ketenteraman awam.

Dalam satu kenyataan malam ini, beliau berkata, pada 12 Ogos 2025, pihak polis menerima satu laporan yang dibuat di Bukit Mertajam dekat sini berkaitan pautan video yang ditularkan itu.

“Pihak polis bertindak memulakan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Siasatan awal dijalankan pihak polis Pulau Pinang dan hari ini, kes itu diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya.

Azizee berkata setakat ini, dua laporan polis dibuat oleh orang awam di Pulau Pinang dan disiasat di bawah kedua-dua peruntukan undang-undang berkenaan

Difahamkan akaun Facebook itu merujuk kepada laman sosial milik Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh.

Sebelum ini Muhamad Akmal menerusi Facebooknya mengesahkan telah dihubungi pegawai penyiasat Bukit Aman untuk hadir memberi keterangan pada 11 malam ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Nnn

Related posts

Leave a Comment