Akmal diminta hadir di IPD Dang Wangi

SEPANG 15 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Salleh telah dihubungi pegawai penyiasat Bukit Aman untuk beliau menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur pada pukul 11 malam ini.

Menerusi satu hantaran video di Facebooknya, beliau menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama yang sebaik mungkin untuk pihak polis.

“Dan jika ini harga yang saya perlu bayar untuk menjaga kehormatan negara ini, tak apa, saya rela, saya akan lawan habis-habisan,” katanya tanpa menyatakan tujuan dipanggil pihak polis.

Bagaimanapun sebelum itu DAP mengarahkan sayap parti itu Pemuda Sosialis (DAPSY) membuat laporan polis berhubung tindakan Akmal mengetuai satu perarakan dan perhimpunan di Kepala Batas semalam.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataannya mengecam tindakan Akmal mengetuai perarakan dan demonstrasi di depan sebuah kedai logam di Kepala Batas semalam walaupun amaran dari Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang telah diberikan supaya tidak ada sebarang perhimpunan.

Loke berkata, tindakan tersebut merupakan satu bentuk buli dan ugutan terhadap peniaga tersebut walaupun siasatan masih dijalankan dan beliau telah memohon maaf terhadap kesilapan pemasangan bendera.

Beliau juga mendakwa tindakan Akmal adalah satu perbuatan mencabar kedaulatan undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam, melampaui batas undang-undang dan norma masyarakat berbilang kaum di Malaysia

Akmal dalam reaksinya menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung perhimpunan itu.

“Nak lapor polis? Bring it on,saya sedia untuk berikan kerjasama. Untuk takut kepada kamu?? Tidak sama sekali!,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya sejurus kenyataan DAP itu.

Beliau juga menjelaskan, perhimpunan semalam adalah secara aman, dan tidak ada langsung gambar muka pemimpin DAP dipijak semalam berbanding yang dilakukan perhimpunan melibatkan parti pembangkang sebelum ini.

“Dulu masa zaman kamu pembangkang,lebih banyak arahan dan nasihat dari pihak polis untuk tidak berhimpun. Tapi kamu tetap buat juga,jadi itu pon boleh didakwa ke kerana melanggar arahan ketua polis??

“Siap kereta terbalik dan pijak gambar muka pemimpin b lagi ketika itu,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment