Dr Zambry kekal Setiausaha Agung BN

KUALA LUMPUR 24 Jun –  Dr Zambry Abd Kadir dan Johari Abdul Ghani masing-masing kekal sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN). Pelantikan semula itu diputuskan pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini yang dipengerusikan Pengerusi BN  Dr Ahmad Zahid Hamidi. Zambry dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa pelantikan semula beliau dan Johari itu masing-masing berdasarkan Fasal 8.3(D) serta 8.3(E) Perlembagaan BN. “Mesyuarat ini diadakan dengan penuh iltizam untuk memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif, dan mempertaruhkan tekad untuk kekal bersatu bawah payung BN,” katanya. Zambry memegang jawatan Setiausaha…

Read More

Penerbangan umrah dijadualkan semula

KUALA LUMPUR 24 Jun –   Penerbangan 22 jemaah umrah kendalian Andalusia Travel & Tours (Andalusia) dijadualkan semula sehingga awal pagi esok selepas ditangguhkan hari ini susulan masalah teknikal melibatkan laluan ruang udara. Andalusia dalam satu kenyataan berkata, kumpulan jemaah dengan penerbangan Qatar Airways QR845 itu sepatutnya berlepas pukul 9.30 pagi ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut Andalusia, dalam tempoh itu semua jemaah dalam keadaan baik, selesa dan kebajikan mereka dijaga sepenuhnya oleh petugas Andalusia dengan menyediakan penginapan, makanan dan sokongan. Sebaik sahaja ruang udara disahkan selamat,…

Read More

Gugurkan ‘Islam’ SIS Forum (Malaysia) Berhad.

KUALA LUMPUR 24 Jun – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) digesa bertindak segera dan tegas untuk menggugurkan penggunaan perkataan “Islam” daripada nama SIS Forum (Malaysia) Berhad. Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang membuat gesaan itu berkata, tindakan itu juga meliputi mana-mana syarikat yang tidak berteraskan akidah dan prinsip Islam yang sah di sisi pihak berkuasa agama. Menurut Putra langkah ini amat penting bagi menjamin integriti dan kemuliaan agama Islam tidak terus dinodai melalui medium entiti korporat dan bagi memastikan prinsip undang-undang syariah tidak dikesampingkan oleh tafsiran perundangan sivil semata-mata. Gesaan itu…

Read More

SPR rekod 35,583 pemilih baharu

PUTRAJAYA 24 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan 35,583 pemilih baharu iaitu warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas yang didaftarkan secara automatik dalam tempoh 1 hingga 31 Mei lalu Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 32,566 pemilih baharu didaftarkan  sepanjang April 2025 manakala pada Mac sebanyak 39,241, Februari 34,889 dan Januari 37,683 orang. Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2025 (DPT BLN5/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula 24 Jun sehingga 23 Julai ini. Setiausaha SPR,  Khairul Shahril Idrus berkata DPT BLN5/2025 yang diperaku 23 Jun…

Read More

Tidak wajar PM terlibat lantik kehakiman

KUALA LUMPUR 24 Jun – Perdana Menteri Anwar Ibrahim wajar menarik diri daripada memberi nasihat dalam pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman negara, khususnya Ketua Hakim Negara (CJ) dan Presiden Mahkamah Rayuan (PCA), yang kedua-duanya akan kosong awal bulan Julai ini. Ketua Whip Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN),  Takiyuddin Hassan berkata, Perdana Menteri perlu mengelakkan penglibatan beliau dalam pelantikan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga kes beliau diselesaikan di mahkamah. “Apa yang membimbangkan ialah Perdana Menteri kini masih mempunyai kes yang belum selesai di mahkamah. Justeru, sebarang penglibatan beliau dalam memberi nasihat…

Read More

Tiada perjanjian gencatan senjata

TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata tiada perjanjian gencatan senjata dicapai dengan Israel setakat ini namun, jika Israel menghentikan serangan, maka Tehran juga akan menghentikan serangan balas. “Setakat ini, tidak ada ‘perjanjian’ mengenai apa-apa gencatan senjata atau pengehadan operasi ketenteraan,” kata Araghchi yang dimuat naik di akaun media sosialnya, tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa satu perjanjian akan bermula hari ini. Araghchi menambah: “Sekiranya rejim Israel menghentikan pencerobohan haramnya terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya pukul 4 pagi waktu Tehran, kami tiada niat untuk meneruskan…

Read More

Iran serang pangkalan AS di Qatar

TEHRAN – Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar semalam sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS ke atas kemudahan nuklear utama negara itu. Majlis Keselamatan Negara Iran mengesahkan pangkalan itu menjadi sasaran sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif dan biadab AS terhadap tapak nuklear Iran. Iran menyatakan jumlah peluru berpandu yang dilancarkan adalah setara dengan bilangan bom yang digunakan AS, menandakan tindak balas yang dikira secara seimbang. Bagaimanapun, Presiden AS, Donald Trump, menyifatkan tindak balas itu sebagai ‘sangat lemah’ dan menggesa…

Read More