Kecuaian punca ‘kesilapan tidak disengajakan’

MASIH berlegar rasa tidak puas hati dalam kalangan pimpinan kerajaan berhubung kesilapan infografik berkaitan profil Ketua Polis Negara (KPN) baharu, Mohd Khalid Ismail. Kebetulan dikaitkan pula dengan PKR, parti pemerintah. Selain pihak polis termaauj Mohd Khalid, tiga pemimpin PKR juga membangkitkan hal ini iaitu Setiausaha Agung, Fuziah Salleh, Ketua Penerangan Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail. Hakikatnya, isu ini menjadi tumpuan dan perhatian pelbagai pihak kerana profil yang diterbitkan Sinar Harian itu melibatkan pegawai tertinggi dalam agensi penguatkuasaan terbesar negara, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lainlah jika…

Read More

Lapor jika tidak terima gaji minimum

PUTRAJAYA 23 Jun  – Pekerja yang menerima bayaran gaji minimum di bawah RM1,700 disaran supaya segera membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi membolehkan tindakan diambil. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataannya memaklumkan semua pihak wajib mematuhi peraturan gaji minimum yang ditetapkan bagi melindungi kebajikan dan hak pekerja di Malaysia Menurut kenyataan itu, KESUMA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggaran Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Di bawah Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 yang sedang berkuat kuasa, majikan wajib memastikan pekerja menerima gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan…

Read More

Terima dengan hati terbuka – Mohd Khalid

PUTRAJAYA 23 Jun – Sepanjang 38 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail menegaskan bahawa beliau tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik. “Saya menerima dengan hati yang terbuka, insya-Allah pihak yang berkenaan sudah memohon untuk bertemu dengan saya dan saya akan bertemu dengan mereka dalam masa terdekat ini,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini berharap hubungan rapat polis dengan media perlu diteruskan. “Saya berharap hubungan yang rapat perlu diteruskan di…

Read More

China bimbang peningkatan ketegangan

NEW YORK – China menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketegangan antara Iran dan Israel, sambil menggesa semua pihak menghentikan segera tindakan ketenteraan yang berisiko mencetuskan konflik lebih besar di Asia Barat. Duta Besar China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong, mengecam serangan Israel ke atas Iran sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan, keselamatan dan integriti wilayah negara itu. Dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB, Fu menegaskan China menentang sebarang tindakan yang memperhebatkan konflik dan memperluas ketegangan. “Kami amat bimbang terhadap akibat serius yang mungkin timbul daripada tindakan Israel,” katanya. Beliau turut…

Read More

Terowong kompleks nuklear terkena serangan

VIENNA – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan pintu masuk ke terowong bawah tanah di kompleks nuklear Isfahan, Iran, terkena serangan udara Amerika Syarikat (AS) dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan baru-baru ini. Dalam satu kenyataan rasmi, IAEA menyatakan bahawa terowong tersebut digunakan untuk menyimpan sebahagian daripada stok uranium yang telah diperkaya oleh Iran. “Kami telah mengenal pasti bahawa pintu masuk ke terowong bawah tanah di tapak tersebut telah terjejas,” kata Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi, dalam taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB. Grossi turut menegaskan bahawa Iran berhak mengambil langkah perlindungan…

Read More