NEW YORK – China menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketegangan antara Iran dan Israel, sambil menggesa semua pihak menghentikan segera tindakan ketenteraan yang berisiko mencetuskan konflik lebih besar di Asia Barat.
Duta Besar China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong, mengecam serangan Israel ke atas Iran sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan, keselamatan dan integriti wilayah negara itu.
Dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB, Fu menegaskan China menentang sebarang tindakan yang memperhebatkan konflik dan memperluas ketegangan.
“Kami amat bimbang terhadap akibat serius yang mungkin timbul daripada tindakan Israel,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa perkembangan semasa boleh menjejaskan rundingan diplomatik berkaitan isu nuklear Iran, dan menyeru semua negara yang mempunyai pengaruh ke atas Israel agar memainkan peranan untuk meredakan keadaan.
China juga mengeluarkan nasihat keselamatan kepada rakyatnya di Israel dan Iran, menggesa mereka bersiap sedia menghadapi kemungkinan serangan peluru berpandu dan dron, serta mempertimbangkan untuk meninggalkan kawasan berisiko tinggi.
Nnnn
