Terima dengan hati terbuka – Mohd Khalid

PUTRAJAYA 23 Jun – Sepanjang 38 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail menegaskan bahawa beliau tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka, insya-Allah pihak yang berkenaan sudah memohon untuk bertemu dengan saya dan saya akan bertemu dengan mereka dalam masa terdekat ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini berharap hubungan rapat polis dengan media perlu diteruskan.

“Saya berharap hubungan yang rapat perlu diteruskan di antara polis bersama wartawan semua kerana ia menjadi pokok utama untuk kita memberikan laporan yang terbaik,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Terdahulu Sinar Harian melalui media sosialnya tersalah lapor mengenai Profil Mohd Khalid dengan mengaitkan Ketua Polis Negara baharu itu seorang ahli politik yang pernah bersama PKR dan UMNO.

Akhbar itu kemudiannya menarik balik siaran itu dan memohon maaf serta melakukan siasatan dalaman, membuat laporan polis dan menggantung tugas kakitangan yang terlibat.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment