Pas tetap sokong Muhyiddin

PAS sekali lagi menegaskan semua 18 Ahli Parlimen parti itu tetap menyokong penuh Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, Pas tidak terkesan langsung dengan retorik yang dibawa oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim, bahawa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, Pas menganggap isu yang dibangkitkan oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika Kerajaan PN sedang menguruskan masalah Covid-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.

“Dalam hal ini Pas sekali lagi amat yakin Yang Di-Pertuan Agong tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya Baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Pas juga berharap Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, di samping mengakibatkan terjejasnya sektor ekonomi negara dari tindakan tersebut.

Related posts

Leave a Comment