SEPANG 17 Jun – Perikatan Nasional (PN) mendakwa naratif kerajaan kononnya hanya mengenakan cukai ke atas golongan maha kaya dan mengagihkannya semula kepada golongan miskin seperti “Robin Hood” hanyalah sandiwara. Malahan Pengerusinya Muhyiddin Yassin menganggap ia satu pembohongan dan mendakwa daripada 8,094 barangan yang dikecualikan daripada SST sebelum ini, hanya 1,813 barangan yang masih dikecualikan. “Lebih 90 peratus barangan telah dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) Ini termasuk barangan keperluan asas seperti gula, garam, ikan, sayur dan buah-buahan. “Buah epal, pisang dan oren pun dikenakan cukai. Ini bukan makanan orang…
Read MoreDay: June 17, 2025
Nik Nazmi kekal pendirian tinggalkan Kabinet
PUTRAJAYA 17 Jun – Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad kekal dengan pendiriannya meletak jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam walaupun ada pilihan untuk kekal dalam Kabinet. Bekas Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan itu dibuat bersandarkan perkiraan lebih besar iaitu mandat parti, susulan kegagalannya mempertahankan jawatan pada pemilihan parti bulan lalu. Katanya, bukan mudah meninggalkan kementerian diterajuinya lebih dua tahun itu yang agensi serta kakitangannya dianggap ‘pasukan impian’. “Tetapi keputusan saya buat ini adalah untuk perkiraan yang lebih besar. Mandat parti adalah penting untuk reformasi luas. Memang…
Read MorePalanivel meninggal dunia
KUALA LUMPUR 17 Jun – Bekas Presiden MIC, G Palanivel 76 meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, pukul 8 pagi ini. Berita pemergian Palanivel, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu disahkan oleh Naib Presiden MIC, T Murugiah. Palanivel menyertai MIC sebagai ahli biasa pada 1968 dan mula bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1990 dan memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dan kekal sebagai wakil rakyat di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut. Bagaimanapun pada PRU 2008, Palanivel tewas tetapi kembali ke Parlimen pada 2013…
Read More347 jemaah haji Andalusia tiba di tanah air
SEPANG 17 Jun – Perjalanan ibadah haji pada tahun ini disifatkan lebih teratur dan lancar, yang membolehkan Duyufurrahman menunaikan ibadah secara lebih sempurna, kata Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris. Berdasarkan pengalamannya sebelum ini, jumlah jemaah kali ini agak kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya yang membolehkan urusan ibadah haji lebih teratur dengan layanan lebih baik khususnya daripada pihak muassasah. “Sebenarnya, tahun ini agak istimewa disebabkan keadaan yang sangat teratur ekoran jemaah dijemput menunaikan haji merupakan mereka yang mempunyai visa. Jadi, jumlahnya kurang berbanding tahun sebelum ini. Ibadah wukuf juga…
Read MoreTabung KPT Prihatin kumpul RM1.7 juta
TANJONG MALIM 17 Jun – Tabung Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin, setakat ini berjaya mengumpul RM1.7 juta untuk waris dan mangsa nahas bas membabitkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut di Gerik, baru-baru ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abd Kadir, berkata dana terkumpul hasil usaha kira-kira 40 institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta termasuk politeknik serta kolej komuniti, selain sumbangan pelbagai pihak antaranya agensi kerajaan negeri, institusi bank dan pihak korporat. Beliau berkata tabung khas yang dikendalikan oleh UPSI itu akan disalurkan kepada penerima secara…
Read MoreBerita pilihan…
Thailand tidak sertai prosiding ICJ
BANGKOK – Thailand tidak akan menyertai prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian sempadan dengan Kemboja, kata Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra. Beliau menegaskan Thailand tidak mengiktiraf bidang kuasa ICJ sebaliknya menekankan bahawa mekanisme dua hala kekal sebagai kaedah penyelesaian yang lebih diutamakan. “Kerajaan yakin bahawa mekanisme dua hala, yang mencerminkan keikhlasan kedua-dua negara, adalah penyelesaian yang berkesan dan berpotensi,” katanya menerusi hantaran di platform X pada Isnin. Terdahulu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, mengesahkan negaranya secara rasmi mengemukakan kes itu kepada ICJ berkaitan pertikaian sempadan di empat kawasan: Ta…
Read MoreKempen Israel mengubah wajah Asia Barat
TEHRAN – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan kempen Israel terhadap Iran yang masuk hari keempat akan ‘mengubah wajah Asia Barat’, Dalam sidang akhbar pada petang Isnin, Netanyahu berkata, Israel sedang menghapuskan kepemimpinan keselamatan Iran ‘satu demi satu’. “Kami sedang mengubah wajah Asia Barat dan ini boleh membawa kepada perubahan radikal di dalam Iran sendiri,” katanya. Iran melancarkan beberapa gelombang peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel, dengan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pada petang Isnin memberitahu serangan akan berterusan ‘tanpa gangguan sehingga subuh’. Awal hari ini, penduduk Tel…
Read More