JASIN 16 Jun – “Saya sarankan mereka terbabit bertaubat,” Begitulah kata-kata nasihat kepada mereka yang terbabit menyediakan pakej menunaikan haji dengan cara `songsang’ walaupun sudah berulang kali diberi peringatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, ketika menyarankan demikian berkata, sebelum operasi haji bermula, tidak kurang 10 kenyataan media dikeluarkan, selain khutbah Jumaat. Katanya , melalui kenyataan media dan khutbah, masyarakat diperingatkan mengenai bahaya menunaikan haji tanpa permit atau kuota haji dikeluarkan secara sah oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia melalui Tabung Haji (TH). “Namun…
Read MoreDay: June 16, 2025
Rakyat berdepan “penyakit ekonomi 3 serangkai” ?
SEPANG 16 Jun – Seorang wakil rakyat pembangkang, Saifuddin Abdullah (PN Indera Mahkota) mendakwa rakyat di negara ini akan dibebani oleh “penyakit ekonomi tiga serangkai” bermula 1 Julai ini. Katanya, ia tidak bermaksud penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi tetapi satu bentuk “penderitaan” yang tak kurang parahnya, iaitu kenaikan dan peluasan SST, penyasaran subsidi RON95 dan bil elektrik yang tinggi. “Sakit’ dengan kenaikan dan peluasan SST, ‘kencing’ dengan penyasaran subsidi RON95, ‘tinggi’ bil elektrik yang bakal menghimpit isi rumah B40 dan M40. Inilah realiti yang sedang dan bakal ditanggung…
Read More3 santis sertai Mesyuarat Nobel Laureate Lindau
PUTRAJAYA 16 Jun – Malaysia sekali lagi mencipta nama di pentas sains antarabangsa apabila tiga saintis muda tempatan terpilih menghadiri Mesyuarat Nobel Laureate Lindau ke-74 di Jerman, yang dijadual berlangsung mulai 29 Jun hingga 4 Julai ini. Tiga individu itu adalah pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Sains Gunaan (Kimia Gunaan) dari Universiti Teknologi Petronas, Nur Diyan Mohd Ridzuan, 30; pensyarah kanan di Bahagian Teknologi Bioproses, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ana Masara Ahmad Mokhtar, 34; dan pensyarah di Jabatan Kimia Farmaseutikal, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU),…
Read MorePM ucap “Selamat maju jaya Rafizi”
KUALA LUMPUR 16 Jun – Tiada keperluan merombak Kementerian Ekonomi susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai menteri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Sambil mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Rafizi, Perdana Menteri berkata, pada masa sesuai beliau akan menentukan, menteri atau kementerian mana yang akan mengambil alih tanggungjawab kementerian tersebut. “Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Rafizi – beliau telah menjalankan tugas dengan cemerlang,” katanya pada persidangan Energy Asia 2025, Anwar menjelaskan, Kementerian Ekonomi dulunya Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)…
Read MoreSST, GST: Rakyat mahu sistem adil, jelas
KUALA LUMPUR 16 Jun – Pemuda MCA menyokong cadangan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh untuk menghidupkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan menyifatkan tindakan itu sebagai suara berani demi rakyat. Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA, Jacky Kuai Sin Keong berkata sikap Akmal itu harus dicontohi oleh semua ahli politik kerana beliau bukan hanya bersuara untuk satu kaum atau parti, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. “Tindakan Akmal yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional membuktikan keberanian dan wawasan seorang pemimpin sejati. Kita alu-alukan lebih ramai pemimpin politik yang berani…
Read MoreBerita pilihan…
224 terkorban, 1,277 cedera di Iran
TEHRAN – Kementerian Kesihatan Iran mengesahkan, seramai 224 orang telah terkorban manakala 1,277 lagi telah dimasukkan ke hospital, sejak serangan Israel bermula pada Jumaat lalu. Jurucakap kementerian, Hossein Kermanpour memaklumkan di media sosial, lebih 90 peratus daripada jumlah mangsa adalah orang awam. Dalam pada itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan dua pegawai tertingginya dalam organisasi risikan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas ibu negara Iran, Tehran, Ahad lalu. Menurut laporan agensi berita rasmi IRGC, Sepah News, Ketua Organisasi Risikan IRGC, Mohammad Kazemi serta timbalannya, Hassan Mohaghegh maut…
Read More36 negara berpotensi dilarang masuki AS
WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan larangan perjalanan sedia ada dengan menyenarai 36 negara tambahan yang berpotensi dilarang memasuki negara itu. Menurut laporan media, memo yang diperoleh menyatakan Jabatan Negara telah mengenal pasti negara itu dan mungkin disyorkan penggantungan penuh atau sebahagian jika mereka gagal memenuhi penanda aras dan syarat yang ditetapkan. Awal bulan ini, Trump menandatangani satu proklamasi melarang kemasukan warganegara dari 12 buah negara atas alasan mahu melindungi Amerika Syarikat daripada ancaman “pengganas asing” dan risiko keselamatan negara. Dua belas negara…
Read More