PM ucap “Selamat maju jaya Rafizi”

KUALA LUMPUR 16 Jun – Tiada keperluan merombak Kementerian Ekonomi susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai menteri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sambil mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Rafizi, Perdana Menteri berkata, pada masa sesuai beliau akan menentukan, menteri atau kementerian mana yang akan mengambil alih tanggungjawab kementerian tersebut.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Rafizi – beliau telah menjalankan tugas dengan cemerlang,” katanya pada persidangan Energy Asia 2025,

Anwar menjelaskan, Kementerian Ekonomi dulunya Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan kemudian dalam beberapa tahun ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang pertama, dibentuk satu kementerian.

“Buat masa ini, tiada isu, tiada masalah. Jadi, mari kita teruskan,” katanya mengulas laporan ada ura-ura untuk ‘menutup’ Kementerian Ekonomi selepas Rafizi nekad melepaskan jawatan anggota Kabinet.

Ada laporan mengatakan terdapat perbincangan memansuhkan kementerian itu dengan mewujudkan semula EPU di bawah JPM sebagai satu agensi Pusat.

Di samping itu ada juga cadangan melantik Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri.

Mengenai status peletakan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad, Anwar berkata beliau telah memberi ruang kepada Nik Nazmi untuk befikir dan renungkan mengenai keputusan untuk melepaskan jawatan itu.

Perdana Menteri juga telah memberikan pandangannya bahawa adalah lebih baik terus berkhidmat.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment