Denda akibat rentas daerah makan angin

SUNGAI PETANI 6 Feb. – Seorang lelaki lelaki berusia 47 tahun berasal Jeniang, Sik bersama teman wanitanya berusia 27 tahun dari Bukit Jenun dikompaun RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa makan angin di tepi pantai Tanjung Dawai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kedua-dua mereka mengaku melakukan kesalahan merentas daerah kerana bosan berada di rumah dan keluar untuk makan angin di tepi pantai.

Mereka ditahan anggota Tugas Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Tanjung Dawai pada pukul  11.10 pagi Jumaaat.

Hasil siasatan mendapati, lelaki itu mengaku telah merentas daerah dari rumahnya di Sik dan mengambil teman wanitanya di Pendang lalu pergi ke Tanjung Dawai.

“Mungkin kita beranggapan dia menggunakan jalan tikus dan lepas, tetapi kita ada pasukan pemantau bergerak dan kita dapat tangkap mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Adzli berkata, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang ramai masih rendah dan paling ketara tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Related posts

Leave a Comment