Tiada penduduk terima bantuan

GENEVA – Tiada seorang pun penduduk awam di Gaza menerima bantuan kemanusiaan yang dihantar ke wilayah itu minggu ini, demikian  dakwa Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin Younis Al Khatib.

Juster beliau memberi amaran bahawa penghantaran yang sangat terhad boleh mencetuskan kekacauan dan keganasan.

“Saya boleh buktikan bahawa tiada siapa yang menerima bantuan. Tiada penduduk awam menerima apa-apa setakat ini. Kebanyakan trak bantuan masih berada di Kerem Shalom di sempadan – sudah diperiksa, tetapi belum masuk ke Gaza,” katanya pada sidang media semalam.

Al Khatib menggambarkan keadaan di lapangan sebagai amat kritikal dan berkata bantuan yang sangat minimum hanya memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

“Saya fikir ini seperti satu jemputan kepada kematian. Mereka sedang kelaparan,” katanya, sambil menambah bahawa kekurangan makanan yang teruk sudah pun meragut nyawa. Saya fikir ini seperti satu jemputan kepada kematian. Mereka sedang kelaparan,” katanya, sambil menambah bahawa kekurangan makanan yang teruk sudah pun meragut nyawa.

Beliau memetik laporan yang menunjukkan bahawa 90 peratus kanak-kanak di Gaza berada di ambang kebuluran.

“Hari ini, kita dengar laporan mengenai kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kelaparan. Sukar untuk mengelakkan keadaan menjadi huru-hara dan kejadian rampasan bantuan,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media berasingan di Geneva, Menteri Kesihatan Palestin, Majed Abu Ramadan, berkata seramai 29 orang, termasuk kanak-kanak dan warga emas, meninggal dunia beberapa hari kebelakangan ini akibat masalah berkaitan kebuluran.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment