KUALA LLUMPUR 24 Mei – Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan, beliau tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik. Katanya, cita-cita itulah yang telah menjerumuskan dirinya sebelum ini ke dalam aktivisme dan politik. “Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya. Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini,” katanya. Rafizi yang gagal mempertahankan jawatannya semalam berkata demikian melalui…
Read MoreMonth: May 2025
Laluan umrah baharu bersama AirArabia
KUALA LUMPUR 24 Mei – Andalusia Travel and Tour Sdn. Bhd. (Andalusia) akan membuka laluan umrah baharu bersama syarikat penerbangan AirArabia dalam usaha syarikat menawarkan destinasi eksotik yang selamat, Islamik dan penuh keindahan. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, laluan itu melalui Baku, Azerbaijan, Uzbekistan, Kazakhstan, Turkmenistan, Kyrgystan dan Tajikistan. “Semua ini dapat direalisasikan melalui laluan strategik AirArabia yang menghubungkan dunia Islam secara menyeluruh dari pusat operasi di Sharjah dan Andalusia mengambil peluang untuk memperkayakan nilai ibadah jamaah,”katanya. Beliau berkata demikian Khamis lalu pada majlis menandatangani Perjanjian…
Read MoreBerita pilihan….
Perancis, Britain, Kanada bantu Hamas?
JERUSALEM – Benjamin Netanyahu mendakwa pemimpin Perancis, Britain dan Kanada cuba membantu kumpulan pejuang Palestin, Hamas selepas ketiga-tiga negara itu memberi amaran akan mengambil “tindakan konkrit” sekiranya Israel tidak menghentikan serangan terbaharunya di Gaza. Kenyataan Perdana Menteri Israel itu selari dengan pandangan Menteri Luar , Gideon Saar, yang sebelum ini turut menyelar tekanan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap Tel Aviv berhubung perang di Gaza. Netanyahu mendakwa pemimpin-pemimpin ini berada di pihak yang salah dalam kemanusiaan dan sejarah. Malahan beliau menuduh mereka menyokong “pembunuh beramai-ramai, perogol, pembunuh bayi dan penculik” yang…
Read MoreKabinet Singapura angkat sumpah
SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, mengetuai istiadat upacara angkat sumpah Kabinet bagi penggal baharu di Istana, malam tadi susulan kemenangan besar Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Pilihan Raya Umum, 3 Mei lalu. Majlis itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen dan platform media sosial, bermula kira-kira pukul 8 malam dengan nyanyian lagu kebangsaan Majulah Singapura, diikuti ucapan oleh Presiden, Tharman Shanmugaratnam. Wong yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan, mengangkat sumpah kesetiaan dan ikrar pelaksanaan tugas dengan disaksikan Tharman dan Ketua Hakim Negara Singapura, Sundaresh Menon. Beliau yang mengumumkan…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 24.05.2025
Fahmi Fadzil, Adam Adli menang MPP PKR
JOHOR BAHRU 23 Mei – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, muncul antara pemenang 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada pemilihan parti itu, hari ini. Turut berada dalam kelompok 20 teratas MPP PKR ialah bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya dan penyanyi rap, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet. Tiga pemimpin yang dikaitkan dengan kem Rafizi Ramli,…
Read MoreNik Nazmi tewas, Ramanan Naib Presiden
JOHOR BAHRU 23 Mei – Tiga daripada empat penyandang Naib Presiden PKR berjaya mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti, hari ini. Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang. Seorang lagi penyandang Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, tersingkir dalam pertandingan 12 penjuru itu. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R Ramanan memenangi jawatan itu dengan memperoleh 5,895 undi, kedudukan kedua selepas Amirudin yang memperoleh 7,955 undi. Dua Naib Presiden…
Read MoreRafizi, Rodziah tewas pemilihan PKR
JOHOR BBAHRU 23 Mei – Nurul Izzah Anwar menenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dengan meraih 9,803 undi mengalahkan penyandang Rafizi Ramli yang memperoleh 3,866 undi. Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, selepas selesai perasmian Kongres Nasional Keadilan 2025 berlangsung di Johor Bahru. Untuk rekod, Rafizi pernah tewas dalam saingan Timbalan Presiden PKR pada 2018 ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada pemilihan 2018. Beliau bagaimanapun berjaya menang pada pemilihan 2022 menewaskan bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Sementara…
Read MorePBAKL 2025 bermula, sasar 1.9 juta pengunjung
KUALA LUMPUR 23 Mei – Buat julung kalinya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 menampilkan Galeri Khas TEROKA bagi memberi penghormatan kepada keagungan karya tempatan serta keunikan sejarah perbukuan negara. Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron, berkata TEROKA menampilkan koleksi karya-karya terkenal penulis tempatan, termasuk karya klasik hingga karya moden, yang mencerminkan keberagaman budaya, sejarah, dan identiti Malaysia. Katanya, pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana industri perbukuan Malaysia berkembang seiring perubahan zaman, serta menyaksikan pencapaian besar penulis dan penerbit tempatan dalam arena global. Beliau berkata demikian pada Majlis…
Read More