Perhimpunan Melayu Berdaulat 24 Mei

KUALA LUMPUR 23 Mei  – Penganjur Perhimpunan Melayu Berdaulat setakat ini tetap akan meneruskan acara itu tanpa perubahan tarikh, masa dan lokasi iaitu di dataran Sogo pada 24 Mei ininmulai pukul 2 petang.

Menurut wakil penganjur, Syed Hassan Syed Ali, pemakluman polis telah diberi tetapi tiada apa-apa maklum balas diterima.

“Maka penganjur menganggap tiada halangan dan jalan-jalan yang dikatakan tutup tidak membabitkan kawasan tersebut sewaktu perhimpunan, jadi kita teruskan, dan berharap masyarakat orang Melayu untuk hadir beramai-ramai,” katanya.

Syed Hassan juga menasihatkan orang ramai yang akan hadir untuk menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, komuter dan monorel bagi memudahkan pergerakan mereka.

Katanya , mereka boleh turun di stesen LRT Masjid Jamek atau Bandaraya atau stesen komuter Bank Negara dan berjalan kaki ke lokasi perhimpunan.

Beliau memberitahu terdapat tiga pusat berhimpun sebelum berjalan ke Sogo iaitu Masjid Kampung Baru, Masjid Jamek KL dan Jalan Raja Laut, berdekatan Ibu Pejabat parti Pas

Tambah beliau, penyertaan perhimpunan ini juga telah mendapat pengesahan penglibatan daripada Pas, Bersatu, Berjasa, manakala UMNO, PKR dan Amanah masih belum memberi makluma balas.

“Kita juga tunggu (maklum balas) daripada UMNO, kita dah hantar surat jemputan kepada semua (parti), setakat ini, Pas, Bersatu dan Berjasa dikatakan akan membawa ahli yang paling ramai,” katanya.

Himpunan Melayu Berdaulat dianjurkan oleh gabungan beberapa NGO dan dijangka menarik kehadiran lebih 15,000 peserta.

Perhimpunan itu bertujuan menyuarakan isu-isu membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, termasuk bantahan terhadap cadangan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar serta isu tanah rizab Melayu.

“Kami rasa semangat orang Melayu berkobar-kobar untuk berhimpun kerana situasi sekarang kita lihat maruah Melayu tercabar, agama Islam makin lama diperkotak katik dan juga keadaan negara dan ekonomi nampaknya terancam,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment