BERLIN – Operasi ketenteraan Israel di Gaza yang semakin banyak mencederakan orang awam dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa tidak lagi boleh dianggap sebagai sebahagian usaha Israel memerangi keganasan,
Canselor Jerman, Friedrich Merz yang mengkritik operasi ketenteraan Israel di Gaza berkata, tindakan Israel menyebabkan penderitaan besar terhadap penduduk awam dan semakin meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini,
“Apa yang sedang dilakukan di Semenanjung Gaza, yang menyebabkan penderitaan besar terhadap penduduk awam sejak beberapa hari kebelakangan ini, tidak lagi boleh dijustifikasikan sebagai perjuangan menentang keganasan,” katanya.
Canselor itu mengakui yang Jerman secara tradisi berhati-hati dalam mengkritik Israel disebabkan sejarahnya, namun menegaskan, situasi semasa memerlukan pendirian yang jelas.
“Apabila sempadan dilampaui, apabila undang-undang kemanusiaan antarabangsa benar-benar dicabuli, Jerman dan Canselornya perlu bersuara menyatakan sesuatu mengenainya,” katanya.
Beliau dalam pada itu berhasrat membangkitkan kebimbangan tersebut secara terus dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam pertemuan mereka minggu ini.
Nnn