Lagi wartawan Palestin terbunuh

KAHERAH -Sekurang-kurangnya 38 rakyat Palestin terbunuh dalam beberapa serangan udara terbaru Israel di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam, termasuk kanak-kanak, pegawai kanan perkhidmatan kecemasan dan wartawan. Menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza, serangan berasingan itu menyasarkan kawasan Khan Younis di selatan, Jabalia di utara dan Nuseirat di tengah Gaza. Di Jabalia, wartawan tempatan, Hassan Majdi Abu Warda, bersama beberapa ahli keluarganya, terbunuh selepas kediaman mereka dibedil awal pagi Ahad menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh sejak Oktober 2023 meningkat kepada 220 orang. Sementara itu, di Nuseirat, satu lagi…

Read More

Sepanyol gesa sekatan terhadap Israel

MADRID – Masyarakat antarabangsa digesa terus memberi tekanan dan melaksanakan sekatan terhadap Israel bagi menghentikan perang di Gaza yang sudah mengorbankan hampir 54,000 nyawa termasuk kanak-kanak. Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, berkata perang tidak masuk akal dan tidak berperikemanusiaan itu mesti dihentikan dan bantuan kemanusiaan perlu dibenarkan masuk ke wilayah Gaza tanpa syarat dan tidak dikawal tentera Israel. Gesaan itu dibuat ketika negara Eropah dan Arab berhimpun di Madrid, semalam, bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik di Asia Barat yang semakin meruncing itu. Mesyuarat itu disertai wakil negara Eropah…

Read More

Nurul Izzah ajak bina kembali kekuatan

KUALA LUMPUR 25 Mei  – Timbalan Presiden PKR yang baharu dipilih, Nurul Izzah Anwar mengajak semua ahli parti itu membina kembali kekuatan membawa reformasi sebenar dari hati, untuk rakyat. “Kalau ada yang retak, kita satukan. Kalau ada yang renggang, kita dekatkan. saya mewakili semua, sama ada yang mengundi saya, mahupun saudara Rafizi (Rafizi Ramli) amatilah amanat ini,” katanya melalui muat naik di Facebook. Katanya, kemenangan bukanlah untuk bersorak atau bersenang lenang sebaliknya untuk bekerja dengan lebih keras, melipat gandakan usaha – untuk turun padang, mendengar, menyingsing lengan dan kembali ke…

Read More

Tawaran istimewa Andalusia 25.05.2025

KUALA LUMPUR 25 Mei  – Mulai hari ini 25 Mei 2025, Andalusia Travel and Tour Sdn. Bhd. (Andalusia) menawarkan harga istimewa pelbagai pakej umrah dan mengembara sempena Hari Gaji (Payday Sales). Promosi selama seminggu sehingga 31 Mei ini menawarkan diskaun seperti yang pernah ditawarkan sempena MATTA Fair. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, ini merupakan masa terbaik untuk orang ramai mendapatkan pakej Andalusia dengan harga promosi. “Kami galakkan umat Islam yang berhajat menunaikan umrah untuk mengambil peluang ini,” katanya.. Mereka yang berminat bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan…

Read More

Haji: Lebih 890,800 sudah tiba di Saudi

RIYADH – Setakat 23 Mei lalu, seramai 890,883 jemaah dari luar negara telah tiba di Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji pada musim ini, 1446H/2025, demikian menurut Direktorat Jeneral Pasport Arab Saudi. Daripada jumlah itu,  seramai 846,415 memasuki negara itu melalui lapangan terbang antarabangsa, 41,646 melalui pintu sempadan darat manakala 2,822 lagi tiba melalui laluan laut. Tahun lalu, sebanyak 1.83 juta jemaah menunaikan rukun Islam yang kelima itu Sementara itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz mengundang 1,300 jemaah dari 100 negara untuk menunaikan haji tahun ini di bawah Program…

Read More

“Azizah saya pilih, Nuru Izzah saudara saudari”

JOHOR BAHRU 24 Mei – Azizah (Dr Wan Azizah Wan Ismail) saya pilih pada masa itu (Presiden PKR), saya terpaksa buat keputusan segera ketika itu (1999) namun Nurul Izzah saudara-saudari yang pilih (jawatan timbalan presiden),” kata Anwar Ibrahim. Presiden PKR itu menyingkap semula situasi parti dan keluarganya sebagai menjawab persoalan berkaitan isteri dan anak serta nepotisme. Anwar mengimbau semula keadaan PKR dan juga keluarganya 26 tahun lalu semasa beliau kali pertama dimasukkan ke dalam penjara sewaktu parti baru mula bertapak tanpa ada dana dan juga penggerak. Perdana Menteri berkata keadaan…

Read More