KJ tidak terfikir kembali berpolitik

KUALA LUMPUR 29 Mei – Sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini, Khairy Jamaluddin tidak terfikir untuk kembali ke dunia politik sebaliknya mahu mengurus banyak perniagaan dan projek yang belum selesai.

Bekas Menteri Kesihatan itu memberi bayangan bahawa beliau tidak akan kembali dalam dunia politik atau menyertai mana-mana parti dalam masa terdekat.

“Saya cuma boleh cakap, ketika ini saya ada banyak projek yang belum selesai dan perlu diuruskan.

“Saya juga agak gembira dengan apa yang dilakukan ketika ini, jadi sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini, tak terfikir untuk kembali ke dunia politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel program The Healthcare Forum 2.0: Counting The Cost of Care: Can Malaysia Make Healthcare Affordable Again?” di Auditorium, Kompleks Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, Universiti Malaya (UM), di sini, hari ini.

Terdahulu timbul desas desus mengaitkan bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan kembali ke dunia politik.

Beberapa portal media semalam melaporkan, KJ dijangka kembali menyertai UMNO selepas dipecat daripada parti itu pada Januari 2023 kerana melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Khairy turut ditanya sama ada sedang mempertimbangkan sebarang tawaran mana-mana parti politik.

“Fokus saya ketika ini kepada beberapa perniagaan, selepas hujung tahun mungkin baru boleh dibincangkan,” katanya yang tidak menjawab ketika ditanya kesahihan sama ada menerima tawaran daripada mana-mana parti politik.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment