SEPANG 30 Mei – Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh berkata Tengku Zafrul Aziz sepatutnya turut meletak jawatan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, selepas mengumumkan keluar parti itu.
“Sepatutnya letak jawatan menteri sekali,” katanya di Facebook, sejurus selepas Zafrul mengumumkan melepaskan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua UMNO Kota Raja.
Zafrul yang mendakwa menyertai UMNO sejak 1997 turut mengumumkan hasrat menyertai PKR dan akan mengemukakan permohonan.
Dr Akmal juga secara sinis berharap PKR menerima permohonan masuk Tengku Zafrul untuk membuktikan persahabatan antara UMNO dan parti itu.
Dr Akmal Saleh juga mendakwa orang UMNO gembira dengan pengumuman Tengku Zafrul keluar parti.
“Orang UMNO terlalu gembira dengan berita ini. Datang tidak diundang, pergi pun tidak dikesali. UMNO parti kita semua,” katanya.
Nn