Jangan biar PKR tikam belakang

SEPANG 30 Mei  –  UMNO mesti memberi amaran kepada PKR seterusnya menegur Anwar Ibrahim jika permohonan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai parti itu diterima, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi  Dr Mohd Puad Zarkashi.

Pada masa yang sama, beliau juga akan mendesak UMNO menyemak balik akujanji semasa Zafrul menjadi calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, sama ada Zafrul boleh dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta kerana lompat parti?

“Saya pasti akan membangkitkan isu Tengku Zafrul mahu menyertai PKR dalam mesyuarat MKT akan datang,” katanya dalam kenyataan melalui Facebooknya.

Puad berkata, tidak memadai dengan kenyataan UMNO rasa kesal sebaliknya mendakwa ada “perbincangan awal “ secara sulit yang menjadi punca Zafrul menyertai PKR..

“Bertepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi. PKR mesti diberi amaran. Jika dibiar, tikam belakang akan berlaku lagi. Jangan salahkan UMNO jika ahli ahli UMNO hilang kepercayaan terhadap PMX.

Kerjasama kerajaan perpaduan akan rosak binasa,” katanya mengulas pengumuman Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.

Pada PRU laku, bekas Menteri Kewangan itu mewakili UMNO bertanding di kawasan Parlimen Kuala Selangor tetapi tewas kepada calon PH dari Amanah Dr Dzulkefly Ahmad yang berjaya mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 1,002 undi.

Dr Dzulkefly memperoleh 31,033 undi mengalahkan Zafrul yang mendapat 30,031 undi manakala, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Noor Mohd Sahar memperoleh 23,639 undi, dan calon GTA-Pejuang, Mohd Shaid Rosli, 1,778 undi.

Zafrul kemudiannya dilantik sebagai Senator untuk penggal kedua dan akan berakhir pada Disember 2025

Nnnn

Related posts

Leave a Comment