KUALA LUMPUR 11 Mei – UMNO mesti melangkah ke ‘medan perang’ pilihan raya dengan naratif yang lebih segar, komunikasi yang lebih strategik dan gerak kerja yang lebih tajam, tuntas serta berani, kata Presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, UMNO tidak boleh leka walaupun sedang melalui tanda kebangkitan dengan kemenangan hatrik melalui pilihan raya kecil (PRK) di Nenggiri, Kelantan; Mahkota, Johor dan terkini Ayer Kuning, Perak. Ahmad Zahid berkata UMNO perlu lebih bersedia berdepan dengan medan peperangan jauh lebih besar selepas ini termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor,…
Read MoreMonth: May 2025
1976 kali terakhir antraks di Malaysia
PUTRAJAYA 11 Mei – Tiada sebarang laporan berkenaan penyakit antraks di negara ini sejak Malaysia bebas daripada penyakit itu dengan kes terakhir yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) pada 1976. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) bagaimanapun memandang serius wabak penyakit itu yang menyebabkan satu kematian manusia yang disahkan akibat jangkitan antraks pada 1 Mei lalu di Thailand. Sebelum ini, Jabatan Kawalan Penyakit (DDC), Thailand memaklumkan kes tersebut dikaitkan dengan penyembelihan lembu dan pengambilan daging mentah di Daerah Don Tan, Wilayah Mukdahan di timur laut Thailand yang bersempadan…
Read MoreBerita pilihan….
Bangladesh haramkan Liga Awami
DHAKA – Liga Awami, parti politik diterajui bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina diharamkan sementara menunggu penghakiman perbicaraan susulan protes besar-besaran yang mendorong peletakan jawatan Perdana Menteri tahun lalu. Hasina ketika ini kekal hidup dalam buangan di India dan beliau turut mengingkari waran tangkap dari Dhaka atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan. Penasihat Undang-Undang dan Keadilan, Asif Nazrul, memberitahu pengharaman aktiviti termasuk di ruang siber membabitkan Liga Awami di bawah Akta Anti-Keganasan sudah diputuskan sehingga perbicaraan membabitkan parti itu dan pemimpinnya berakhir. Nazrul berkata keputusan itu diambil untuk memastikan ‘kedaulatan dan keselamatan’…
Read MoreGencatan senjata India, Pakistan
NEW DELHI – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendedahkan India dan Pakistan bersetuju melaksanakan satu gencatan senjata pada Sabtu selepas tentera kedua-dua pihak saling berbalas serangan dalam beberapa hari kebelakangan ini. Kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan ‘gencatan senjata sepenuhnya serta-merta’ hasil usaha perantaraan yang diketuai AS bagi menamatkan ketegangan. Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata beliau dan Naib Presiden JD Vance telah berhubung dengan pegawai kanan India dan Pakistan. Katanya, AS menghubungi Perdana Menteri India, Narendra Modi; Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif; Ketua Tentera Pakistan, Jeneral Syed Asim Munir,…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 11.05.2025
PKR harap masih ada perbincangan PRN
KOTA KINABALU 10 Mei – PKR Sabah masih berharap ada perbincangan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) di negeri itu, kata Ketuanya, Mustapha Sakmud. Beliau berkata kerjasama dengan GRS penting bagi mengelak pergeseran dan pertembungan yang tidak selari dengan amalan Kerajaan Perpaduan sekarang. Justeru beliau berharap, akan ada perbincangan mengenai perkara itu di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor apabila kedua-dua pemimpin berkenaan bertemu sempena Program Madani Rakyat di Tawau, esok. “Soal kerusi kita boleh berunding…
Read MoreTema kempen ‘Reformasi Cita Bangsa’.
SEPANG 10 Mei – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menawarkan diri bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR bagi tahun 2025-2028 dengan membawa tema kempen ‘Reformasi Cita Bangsa’. Ahli Parlimen Gombak itu yang mengesahkan penyertaannya berkata, tawaran itu sejajar dengan prinsip untuk memperkukuh PKR sebagai parti politik unggul, paksi Reformasi dan teras Kerajaan Perpaduan. Amirudin dalam kenyataan, berkata matlamat utama pemilihan kali ini adalah untuk membentuk satu pasukan yang berkeupayaan melaksanakan cita-cita Reformasi serta berkhidmat dan bekerja mendokong kepemimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal kedua. “Menginsafi matlamat serta…
Read MoreBN pertahan kerusi dimenangi di Melaka
MELAKA 10 Mei – Setakat ini, UMNO kekal dengan prinsip asas disepakati Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) supaya mempertahankan kerusi masing-masing yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata justeru, BN tetap bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dikuasai parti itu. “Prinsip asas disepakati pimpinan BN dan PH ialah kerusi dimenangi kekal dengan parti tersebut. Di Melaka, BN kekal 21 kerusi dan PH lima kerusi, manakala dua kerusi Perikatan Nasional (PN) akan dirundingi,” katanya dalam…
Read More251 calon tawar diri, 12 Naib Presiden
KUALA LUMPUR 10 Mei – Sebanyak 251 calon menawarkan diri bertanding pada Pemilihan PKR 2025 bagi merebut tempat dalam senarai pimpinan peringkat Pusat, termasuk sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK). Daripada jumlah itu, 104 pencalonan diterima bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), 85 bagi Majlis Pimpinan AMK dan 61 bagi Majlis Pimpinan Wanita PKR. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa, berkata penyertaan memberangsangkan itu membuktikan PKR tidak ketandusan bakat pelapis. Katanya, penyertaan seramai itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan PKR sebagai wadah perjuangan yang sentiasa memberi ruang kepada…
Read More