Netanyahu semakin tertekan

BAITULMUQADDIS – Blok pembangkang yang diketuai bekas ketua tentera, Gadi Eisenkot, semakin hampir memperoleh sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu, menggantikan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Kedudukan Netanyahu yang kini berdepan cabaran politik yang semakin sukar dikatakan semakin lemah.

Netanyahu berusaha mempertahankan kerjayanya di tengah-tengah perbicaraan kes rasuah yang masih berjalan serta kritikan berhubung kegagalan kerajaan menangani serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Peluang Netanyahu untuk kekal berkuasa dikatakan semakin mengecil, kecuali berlaku perubahan besar dalam landskap politik atau keselamatan negara itu.

Sebelum ini Presiden Israel, Isaac Herzog, baru-baru ini memberi mandat kepada Eisenkot untuk membentuk kerajaan selepas blok pembangkang memperoleh kelebihan dalam pilihan raya bulan lalu.

Dalam usaha mengekalkan pengaruh politiknya, Netanyahu menggesa pembentukan kerajaan perpaduan di bawah pimpinannya sambil memberi amaran bahawa Israel berisiko berdepan perpecahan dalaman sekiranya kerajaan baharu disokong parti-parti Arab.

Tumpuan kini kepada parti-parti Yahudi ultra-Ortodoks yang selama ini menjadi sekutu Netanyahu.

Namun, laporan media tempatan menunjukkan sebahagian daripada mereka sedang mempertimbangkan untuk menyokong Eisenkot, yang berpotensi memberikannya majoriti di parlimen.

Parlimen baharu Israel yang mula bersidang minggu ini dijangka menyaksikan tekanan lebih besar terhadap Netanyahu, dengan pembangkang dijangka menggesa siasatan menyeluruh terhadap keputusan kerajaan sebelum dan selepas serangan Hamas.

Nnn

Related posts

Leave a Comment