Siasatan ceroboh tanah sejak 2021

KUALA LUMPUR 22 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi fokus utama kepada dua elemen iaitu unsur rasuah dan tadbir urus berhubung siasatan pencerobohan tanah secara haram di Raub, Pahang. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, siasatan itu adalah kesinambungan siasatan yang telah dimulakan sejak tahun 2021 dan SPRM Pahang telah diarahkan supaya meneruskan siasatan tersebut. “Saya ditanya sama ada SPRM pernah membuka kertas siasatan berkaitan isu di Raub, dan jawapannya, ya. Kita telah memulakan siasatan pada tahun 2021. “Justeru, siasatan terhadap pencerobohan terbaharu ini merupakan kesinambungan daripada…

Read More

PKR: Saifuddin belum putuskan cabar Rafizi

PUTRAJAYA 22 April – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail masih belum membuat keputusan sama ada akan mencabar Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti akan datang. Beliau yang mengikuti pandangan beberapa pihak yang menyebut sudah sampai masanya membuat  pengumuman, menjelaskan, ada beberapa proses perlu dititikberatkan sebelum membuat sebarang ketetapan. “Saya sedar terdapat pandangan yang menyatakan sudah sampai masanya untuk saya membuat pengumuman berhubung perkara ini. Namun saya belum membuat sebarang ketetapan sama ada untuk bertanding atau tidak,” katanya. Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian dalam…

Read More

Industri penipuan siber berkembang

BANGKOK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan sindiket jenayah Asia membabitkan industri penipuan siber bernilai berbilion dolar kini semakin berkembang ke peringkat global, termasuk ke Amerika Selatan dan Afrika. Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), rangkaian jenayah terbabit muncul dan semakin berkembang di Asia Tenggara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun kerajaan di negara Asia Tenggara meningkatkan tindakan penguatkuasaan, sindiket terbabit terus bergerak dengan pantas sama ada di dalam mahupun luar rantau ini. Pemangku Wakil Wilayah UNODC bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Benedikt Hofmann, berkata jenayah…

Read More

Hamas digesa terima perjanjian

BAITULMAQDIS –  Kumpulan pejuang Palestin, Hamas, digesa supaya menerima perjanjian yang akan membolehkan pembebasan tebusan sebagai pertukaran bagi kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Duta baharu Amerika Syarikat (AS) ke Israel, Mike Huckabee, berkata, jika perjanjian ditandatangani dan tebusan dibebaskan, bantuan kemanusiaan diharap mengalir tanpa sekatan. “Kami berharap bantuan kemanusiaan dapat mengalir tanpa sekatan, dengan jaminan ia tidak akan dirampas dan disalah guna oleh Hamas terhadap rakyat mereka sendiri,” katanya menerusi kenyataan video di platform X. Gesaan Huckabee itu dibuat susulan penolakan terbaharu Hamas terhadap cadangan gencatan senjata daripada Israel, yang…

Read More

Sokong selaras masuk MRSM, SBP elak pertindihan

KUALA LUMPUR 21 April – Penyelarasan sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang akan bermula Januari depan. dapat mengurangkan pertindihan tawaran serta mengelakkan pembaziran tempat yang diperuntukkan kepada pelajar. Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  Norliza Abul Rahim yang menyokong penuh langkah itu berkata, cadangan itu adalah satu langkah bijak dan berpandangan jauh . Katanya, ia dalam memastikan sistem pendidikan berasrama yang sedia ada berfungsi secara lebih efisien serta memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar .— khususnya mereka yang benar-benar berminat dan…

Read More

Elak guna ayat al-Quran di pentas ceramah politik

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar, meminta semua pihak khususnya ahli politik, agar tidak menggunakan ayat suci al-Quran serta hadis sebagai modal di pentas ceramah terutama ketika kempen pilihan raya. Beliau menegaskan perbuatan seumpama itu demi mencapai matlamat perjuangan politik, harus dielakkan, lebih-lebih lagi sekiranya yang memerlukan rujukan pihak berkuasa seperti Jabatan Mufti atau badan agama di negeri-negeri. “Pada sayalah, kalau ia membabitkan pandangan hukum, sebaik-baiknya elak (berlaku) sebarang kekeliruan dalam kalangan rakyat. “Jika membabitkan satu pandangan hukum, boleh merujuk Jabatan Mufti…

Read More

Pemilihan PKR: Tiada rombakan Kabinet

PUTRAJAYA 21 April – Tidak ada rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat cabang yang berakhir semalam, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menjelaskan, soal itu tidak timbul kerana pemilihan terbabit hanya berkait pengundian dalaman parti PKR. “Tiada (rombakan Kabinet). Ini soal parti, tidak timbul soal kerajaan negeri atau Persekutuan. Ia berjalan seperti biasa. Saya melihat dari segi prestasi masing-masing dan bukan percaturan politik,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di pekarangan bangunan kementerian itu, di sini,…

Read More