Keputusan ajaib ‘badan tanpa kepala’

SSEPANG 22 April  –  Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang tewas pada pemilihan PKR Cabang Johor Bahru berkata, keputusan pemilihan di cabang itu baru-baru ini tidak terkecuali dari kejadian fenomena ‘badan tanpa kepala’. Beliau yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu merujuk kegagalannya mempertahankan jawatan Ketua Cabang sebaliknya 10 ahli jawatankuasa (AJK) yang menang terdiri daripada pasukannya. “Kejadian ajaib juga berlaku untuk AMK (Angkatan Muda Keadilan) iaitu hanya ‘kepala’ Ketua AMK yang ‘dipenggal’ sedangkan timbalan hingga semua AJK menang manakala sayap Wanita, jawatan Ketua dan…

Read More

Cadangan naik cukai orang kaya

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang merancang untuk menaikkan cukai terhadap golongan kaya bagi membolehkan pengurangan, atau penghapusan sepenuhnya, cukai yang ditanggung oleh rakyat biasa. Perkara ini didedahkan oleh sekutu rapat beliau, Steve Bannon. seorang strategis politik, penerbit media, dan pembikin filem yang berpengaruh di AS. Beliau yang lahir pada 27 November 1953 di Norfolk, Virginia, pernah berkhidmat sebagai penasihat kanan dan ketua strategi di White House di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump pada tahun 2017. Walaupun meninggalkan White House dalam suasana kontroversi, Bannon kekal sebagai suara…

Read More

Rombakan Jabatan Negara Amerika Syarikat

WASHINGTON – Selaras dengan keutamaan dasar “America First”, pentadbiran Presiden Donald Trump mengemukakan rancangan rombakan besar-besaran ke atas Jabatan Negara Amerika Syarikat (State Department) termasuk menutup beberapa pejabat yang menangani jenayah perang dan advokasi hak asasi manusia. Menurut perancangan, sebanyak 132 daripada 734 biro dan pejabat akan ditutup di mana rancangan itu menetapkan bahawa setiap ‘undersecretary’ Jabatan Negara perlu mengemukakan pelan untuk mengurangkan staf sebanyak 15 peratus. Laporan dalam talian The Free Press, yang turut dikongsi oleh Setiausaha Negara Marco Rubio di platform X, pula menyatakan bahawa kira‑kira 700 jawatan…

Read More

93.4 peratus keluar mengundi awal

93.4 peratus keluar mengundi awal TAPAH – Sebanyak 93.4 peratus daripada 500 pengundi awal melibatkan anggota polis dan pasangan menunaikan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, mengucapkan tahniah kepada pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana menjalankan tanggungjawab yang amat baik, hari ini. “(SPR juga) menghargai kerjasama diberikan Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Penerangan, pengamal media dan semua pihak terbabit secara langsung atau tidak,” katanya dalam kenyataan. Proses pengundian awal bagi…

Read More

JAKIM arah tarik balik 9 produk

PUTRAJAYA 22 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan pengimport menarik balik sembilan produk makanan Indonesia yang didapati mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dari pasaran tempatan. Ketua Pengarahnya, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata arahan itu susulan pengumuman rasmi oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia semalam berhubung penarikan balik produk terbabit. Berdasarkan siaran media rasmi BPJPH, hasil pemantauan bersama dengan BPOM mendapati 11 ‘batch’ daripada sembilan produk makanan dikesan mengandungi DNA babi (porcine) melalui analisis makmal. Daripada jumlah itu, sembilan ‘batch’…

Read More

Bekas Wanita Pertama Singapura disemadikan

SINGAPURA 22 April – Jenazah bekas Wanita Pertama Singapura, Almarhum Noor Aishah Salim, selamat dikebumikan sekitar pukul 3 petang ini di Tanah Perkuburan Negara Kranji. Noor Aishah balu Presiden pertama Singapura Yusof Ishak, meninggal dunia pada pukul 4.28 pagi di Hospital Besar Singapura pada usia 91 tahun setelah dirawat sejak 6 Mac lalu selepas mengalami masalah paru-paru berair dan juga jangkitan. Sementara itu lebih daripada 100 anggota keluarga dan kenalan rapat hadir bagi memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan. Turut hadir ialah Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir, Menteri Bertanggungjawab…

Read More

Kerajaan salur RM1 bilion untuk padi Kedah

PUTRAJAYA 22 April  – Kerajaan sudah meluluskan RM1 bilion sebagai insentif melaksanakan program merancakkan produktiviti pengeluaran padi di Kedah, yang disalurkan secara berterusan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menjelaskan demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Kedah akan terus menuntut RM200 juta setahun sebagai insentif khas atas pengorbanan negeri itu mengekalkan kawasan jelapang padi bagi menjamin bekalan beras negara. “(Kita sudah berikan) RM1 bilion… RM1 bilion on going (berterusan),” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.…

Read More

Hadiah peribadi, tidak perlu diperbesar

PUTRAJAYA 22 April – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan cenderahati yang disampaikan kepada Presiden China, Xi Jinping sebelum pemimpin itu meninggalkan negara ini baru-baru ini adalah hadiah peribadi. Justeru Setiausaha Agung DAP itu yang juga bertindak sebagai Menteri Pengiring berkata, isu itu tidak perlu diperbesarkan dan diperkatakan. “Cenderahati itu adalah hadiah peribadi dan saya tidak cakap pemberian daripada kerajaan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Raikan Kasih Madani Tahun 2025 di kementeriannya di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berkenaan isu pemberian cenderahati itu…

Read More