KUALA LUMPUR 24 April – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang akan berlangsung mulai 23 Mei hingga 1 Jun ini menyasarkan 1.9 juta pengunjung, kata Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron. Beliau memberitahu, tahun lalu, sasaran kehadiran adalah 1.5 juta tetapi sepanjang tempoh 10 hari pesta itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, sebanyak 1.8 juta pengunjung direkodkan. “Saya yakin sasaran 1.9 juta pengunjung pada tahun ini mampu dicapai berdasarkan sambutan oleh pemain industri yang memberangsangkan. Malah tahun lalu, kita terpaksa membina dewan baharu bagi memenuhi…
Read MoreMonth: April 2025
Berita pilihan…
Rakyat Palestin berdepan satu lagi Nakba
RAMALLAH – Rakyat Palestin kini berdepan keadaan yang menyerupai satu lagi Nakba (malapetaka) sekali gus mengancam kewujudan dan perjuangan nasional mereka, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas . Beliau memberi amaran perkembangan semasa merupakan kesinambungan bencana lampau, termasuk Nakba 1948 (penghapusan etik dan pembentukan negara Yahudi di Palestin), pengusiran 1967 dan perpecahan politik dalaman pada 2007. “Kita sedang berdepan bahaya besar yang semakin menyerupai Nakba baharu, yang mengancam kewujudan kita dan memberi isyarat kepada pelupusan perjuangan nasional Palestin,” katanya. pada pembukaan sesi ke-32 Majlis Pusat Palestin di Dewan Ahmed Shuqairy di…
Read MoreKempen PRU Singapura bermula
SINGAPURA – Parti Tindakan Rakyat (PAP) memulakan hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) semalam dengan memenangi lima kerusi tanpa bertanding, di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) baharu Marine Parade-Braddell Heights Susulan itu, PRU pada 3 Mei ini menyaksikan 92 daripada 97 kerusi Parlimen akan dipertandingkan, di mana parti pemerintah PAP menurunkan calon di baki 32 kawasan, merangkumi 17 GRC dan 15 Kawasan Undi Perseorangan (SMC). Perdana Menteri Lawrence Wong dan pasukannya akan berdepan pertandingan satu lawan satu menentang Parti Demokratik Singapura (SDP) dalam usaha mempertahankan kubu empat kerusi PAP…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 24.04.2025
PKR: 10,000 perwakilan undi secara fizikal
SEPANG 23 April – Kongres Nasional PKR 2025 yang akan berlangsung di Johor Bharu Mei depan dijangka dihadiri kira-kira 10,000 perwakilan dan mengundi secara fizikal, manakala lebih 20,000 perwakilan diunjurkan akan mengundi di atas talian. Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, berkata Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengesahkan berkaitan Kongres yang akan berlangsung pada 23, 24 dan 25 Mei dengan 23 Mei Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Nasional. “Buat pertama kalinya, Kongres Nasional 2025 akan menggunapakai konsep ‘proportionate representation’ untuk perwakilan seperti sudah diluluskan dalam Kongres Khas pada…
Read MoreTiada agenda DAP pinda Perlembagaan Persekutuan.
SEPANG 23 April – Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjunjung, menghormati dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan tidak timbul niat atau agenda untuk mengubah atau meminda perkara-perkara asas di dalamnya. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, ini termasuk Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Orang Asal Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. “Sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan, serta hak dan kepentingan sah kaum dan masyarakat lain dalam Malaysia. Pendirian ini telah dinyatakan berkali-kali oleh pemimpin-pemimpin parti dan juga oleh para perwakilan dalam persidangan dan…
Read MoreRM1 bilion biayai pembangunan infrastruktur tanaman padi.
ALOR SETAR 23 April – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan, peruntukan RM1 bilion bagi membantu sektor penanaman padi di Kedah bukan bantuan langsung kepada kerajaan negeri sebaliknya adalah bagi membiayai pembangunan infrastruktur berkaitan. Beliau berkata, insentif khas RM200 juta yang dituntut Kedah adalah bagi pampasan di atas kos melepas yang terpaksa ditanggung negeri demi mengekalkan kawasan tanaman padi. “Perkara yang kita cakap ini berkaitan cukai tanah sawah padi. Itulah hasil negeri selain sumber air mentah yang itu sebahagian sahaja kerana untuk air terawat bukan lagi sumber kerajaan negeri…
Read MoreSelangor kutip zakat RM1.22 bilion tahun 2024
SHAH ALAM 23 April – Buat kali ketiga berturut-turut, Lembaga Zakat Selangor (LZS) melepasi paras kutipan dan agihan zakat melebihi RM1 bilion dengan kutipan berjumlah RM1.22 bilion pada 2024, tertinggi dalam sejarah penubuhannya. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari berkata, kutipan itu menunjukkan peningkatan sembilan peratus berbanding RM1.12 bilion yang direkodkan pada tahun 2023 manakala sasaran tahun ini RM1.328 bilion. “Ini membuktikan kepercayaan berterusan lebih 380,000 pembayar zakat Selangor serta iltizam LZS dalam mengurus dana zakat berintegriti dan berimpak. Pencapaian ini lebih bermakna di tengah-tengah cabaran ekonomi yang sedang…
Read MoreKPDN, JAKIM keluarkan produk DNA babi dari pasaran
PUTRAJAYA 23 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengeluarkan produk makanan Indonesia yang didapati mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi sekiranya berada di pasaran tempatan. Menterinya, Armizan Mohd Ali, berkata sebaik saja mendapat maklumat berkaitan, pihaknya mengadakan perbincangan dengan JAKIM untuk memastikan produk berkenaan dikeluarkan segera. “Jadi kita akan bekerjasama dengan JAKIM dan agensi agama peringkat negeri, bersandarkan pengumuman dibuat badan halal Indonesia, kita akan ambil tindakan segera,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri…
Read More