Sokong selaras masuk MRSM, SBP elak pertindihan

KUALA LUMPUR 21 April – Penyelarasan sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang akan bermula Januari depan. dapat mengurangkan pertindihan tawaran serta mengelakkan pembaziran tempat yang diperuntukkan kepada pelajar. Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  Norliza Abul Rahim yang menyokong penuh langkah itu berkata, cadangan itu adalah satu langkah bijak dan berpandangan jauh . Katanya, ia dalam memastikan sistem pendidikan berasrama yang sedia ada berfungsi secara lebih efisien serta memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar .— khususnya mereka yang benar-benar berminat dan…

Read More

Elak guna ayat al-Quran di pentas ceramah politik

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar, meminta semua pihak khususnya ahli politik, agar tidak menggunakan ayat suci al-Quran serta hadis sebagai modal di pentas ceramah terutama ketika kempen pilihan raya. Beliau menegaskan perbuatan seumpama itu demi mencapai matlamat perjuangan politik, harus dielakkan, lebih-lebih lagi sekiranya yang memerlukan rujukan pihak berkuasa seperti Jabatan Mufti atau badan agama di negeri-negeri. “Pada sayalah, kalau ia membabitkan pandangan hukum, sebaik-baiknya elak (berlaku) sebarang kekeliruan dalam kalangan rakyat. “Jika membabitkan satu pandangan hukum, boleh merujuk Jabatan Mufti…

Read More

Pemilihan PKR: Tiada rombakan Kabinet

PUTRAJAYA 21 April – Tidak ada rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat cabang yang berakhir semalam, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menjelaskan, soal itu tidak timbul kerana pemilihan terbabit hanya berkait pengundian dalaman parti PKR. “Tiada (rombakan Kabinet). Ini soal parti, tidak timbul soal kerajaan negeri atau Persekutuan. Ia berjalan seperti biasa. Saya melihat dari segi prestasi masing-masing dan bukan percaturan politik,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di pekarangan bangunan kementerian itu, di sini,…

Read More

Kedah tuntut RM200 juta kekal jelapang padi

ALOR SETAR 21 April – Kedah berusaha menuntut bayaran RM200 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan sebagai insentif khas atas pengorbanan negeri itu mengekalkan kawasan jelapang padi bagi menjamin bekalan beras negara, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau berkata, kerajaan negeri menolak cadangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PlanMalaysia) iaitu bayaran sebanyak RM41 juta setahun kepada Kedah melalui Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KAGUMN). Katanya, jumlah itu terlalu rendah berbanding kehilangan hasil yang dikorbankan Kedah untuk mengekalkan kawasan tanaman padi dan hutan untuk sumber…

Read More

Akar umbi bangkit musnahkan politik elit, kartel

SEPANG 21 April  – Pilihan raya PKR menyaksikan akar umbi parti bangkit memusnahkan politik elit dan politik kartel yang merosakkan parti beberapa tahun terakhir ini, iaitu sejak menjadi parti terpenting dalam kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri. Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pilihan raya itu adalah satu revolusi demokrasi di peti undi secara digital, melakukan pembersihan di dalam kepemimpinan di peringkat 222 Cabang di seluruh negara. “Itulah rumusan saya apabila ramai pemimpin yang menang dalam pemilihian tiga tahun lalu atas platform kartel “Ayuh Malaysia” yang cuba menyisihkan…

Read More

Pembunuhan berterusan di Gaza

GAZA – Pembunuhan terus berlaku apabila tentera Israel membunuh 31 penduduk Palestin di Gaza dan dua lagi di Lubnan, manakala sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat serangan udara Amerika Syarikat (AS) di sebuah pasar di Yaman. Serangan udara terbaharu AS di ibu negara Yaman, Sanaa, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan 30 yang lain. Kementerian Kesihatan dikendalikan kumpulan Houthi berkata, mangsa yang maut dan cedera adalah akibat serangan AS pada waktu malam ke atas sebuah pasar dan kawasan kediaman di daerah Farwa, Sanaa. Serangan lain turut dilaporkan berlaku semalam di wilayah…

Read More

Gaza: Angelina Jolie ulangi sokongan

PELAKON Hollywood, Angelina Jolie, mengulangi sokongan terhadap Gaza dengan berkongsi laporan pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mengenai krisis kemanusiaan di wilayah itu menerusi satu hantaran Instagram Story. Dalam hantaran yang dikongsi Jolie, pertubuhan kemanusiaan itu menyifatkan keadaan di Gaza sebagai ‘kubur besar buat rakyat Palestin dan golongan yang membantu mereka’. “Hakikatnya, pasukan tentera Israel meneruskan dan memperluas serangan ketenteraan dari udara, darat dan laut ke atas Semenanjung Gaza. Mereka memaksa pemindahan penduduk serta menyekat bantuan penting secara sengaja, menyebabkan nyawa rakyat Palestin terus dimusnahkan secara sistematik,” kata kenyataan itu. Pelakon…

Read More