Gaza: Angelina Jolie ulangi sokongan

PELAKON Hollywood, Angelina Jolie, mengulangi sokongan terhadap Gaza dengan berkongsi laporan pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mengenai krisis kemanusiaan di wilayah itu menerusi satu hantaran Instagram Story.

Dalam hantaran yang dikongsi Jolie, pertubuhan kemanusiaan itu menyifatkan keadaan di Gaza sebagai ‘kubur besar buat rakyat Palestin dan golongan yang membantu mereka’.

“Hakikatnya, pasukan tentera Israel meneruskan dan memperluas serangan ketenteraan dari udara, darat dan laut ke atas Semenanjung Gaza.

Mereka memaksa pemindahan penduduk serta menyekat bantuan penting secara sengaja, menyebabkan nyawa rakyat Palestin terus dimusnahkan secara sistematik,” kata kenyataan itu.

Pelakon itu pernah berkhidmat lebih dua dekad sebagai duta muhibah dan utusan khas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Hantaran itu juga menyebut bahawa serangan maut Israel menimbulkan ancaman jelas terhadap keselamatan petugas bantuan kemanusiaan dan kesihatan di Gaza.

Ia turut menggesa pihak berkuasa Israel segera menamatkan kepungan yang tidak berperikemanusiaan dan membawa maut ke atas Gaza serta melindungi nyawa rakyat Palestin termasuk petugas kemanusiaan dan kesihatan.

Hantaran itu turut menyuarakan harapan gencatan senjata dapat diwujudkan semula.

Related posts

Leave a Comment