SEPULUH buah negara merekodkan lebih 200,000 kes ketika Amerika Syarikat (AS) masih mendahului negara-negara lain dengan 2,735,554 kes dan 128,684 kematian.
Data Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kes positif Covid-19 seluruh dunia setakat 9.30 pagi ini menunjukkan 10,836,500 dan 520,634 kematian.
Berbanding pukul 8.30 pagi semalam, 2 Julai 2020, kes positif yang dilaporkan di seluruh dunia adalah 10,662,993 manakala kematian pula 515,504. Ini menunjukkan peningkatan kedua-dua kes.
Brazil turut merekodkan kes yang tinggi apabila menduduki tempat kedua dengan 1,496,858 kes serta kematian 61,884 manakala Rusia dan India pula merekodkan 660,231 dan 604,641 kes
Peru mendahului negara lain dalam kelompok 200,000 kes dengan catatan 292,004 diikuti United Kingdom 285,266, Chile 284,541, Sepanyol 250,103, Itali 240,961, Mexico 238,511, Iran 232,863,
Pakistan 217,809, Perancis 203,640 dan Turki 202,284.
Enam negara merekodkan lebih 100,000 kes didahului Arab Saudi, 197,608, Jerman 196,370, Afrika Selatan 168,061, Bangladesh 153,277, Kanada 106,288 dan Colombia 102,261.
Qatar pula mencatatkan 97,897 kes diikuti China 84,825, Mesir 71,299 dan Sweden 70,639.
Sementara itu, United Kingdom (UK) berada di kedudukan ketiga merekodkan kematian tertinggi dengan 44,080, diikuti Itali 34,818,
Perancis 29,878, Mexico 29,189, Sepanyol 28,368, India 17,834, Iran 11,106 dan Peru 10,045.