Akar umbi bangkit musnahkan politik elit, kartel

SEPANG 21 April  – Pilihan raya PKR menyaksikan akar umbi parti bangkit memusnahkan politik elit dan politik kartel yang merosakkan parti beberapa tahun terakhir ini, iaitu sejak menjadi parti terpenting dalam kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.

Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pilihan raya itu adalah satu revolusi demokrasi di peti undi secara digital, melakukan pembersihan di dalam kepemimpinan di peringkat 222 Cabang di seluruh negara.

“Itulah rumusan saya apabila ramai pemimpin yang menang dalam pemilihian tiga tahun lalu atas platform kartel “Ayuh Malaysia” yang cuba menyisihkan Anwar Ibrahim, kini kalah mengejut di tangan calon-calon akar umbi yang tak ada nama, tak ada jawatan Menteri atau Timbalan Menteri atau bukan Ahli Parlimen,” katanya.

Dalam kenyataan melalui Facebooknya, Hassan mendakwa sesetengah tokoh yang memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri atau Ahli Parlimen tiba-tiba menjadi elit yang berkuasa di koridor kuasa di Putrajaya.

“Susah dihubungi, tidak mesra lagi dengan anggota biasa PKR yang gantung poster mereka semasa tokoh-tokoh itu jadi calon pilihan raya umum, tak turun kawasan, tak kenal lagi ahli biasa, panggilan telefon atau sms atau WhatsApp  tidak lagi dijawab.

Malah exist tinggalkan grup WhatsApp  ahli ahli biasa PKR yang menyokong mereka selama ini. Tokoh-tokoh besar ini akhirnya tahu tinggi rendah langit apabila mereka dihukum dalam pemilihan secara demokratis dalam pilihan raya PKR,” katanya.

Pemilihan PKR 2025 menyaksikan lebih 222 cabang di seluruh negara melaksanakan proses undi secara dalam talian yang turut melibatkan pelbagai peringkat pimpinan, termasuk jawatan utama parti.

Beberapa kekalahan mengejut melibatkan pimpinan utama PKR yang sebelum ini dilihat sebagai tokoh penting parti.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Naib Presiden PKR tewas dalam perebutan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa kepada pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir Akmal Nasir juga gagal mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang Johor Bahru.

Begitu juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail turut kecundang dalam saingan di Cabang Ampang.

Beberapa orang Ahli Parlimen juga kecundang iaitu, Zahir Hassan (Wangsa Maju); P Prabakaran (Batu); Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau); dan Exco Pulau Pinang, Fahmi Zainol (Jelutong).

Nnnn

Related posts

Leave a Comment