SHAH ALAM 9 April – Bantuan kos sewaan kali pertama kepada semua keluarga yang terjejas dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights akan dilunaskan pada minggu hadapan, kata Menteri Besar, Amirudin Shari. Beliau memberitahu, bantuan sewa RM2,000 sementara rumah mereka yang terlibat diperbaiki membabitkan 469 keluarga. “Mulai Isnin, selepas selesai sumbangan tunai (RM10,000 dan RM5,000), kita akan mula menyalurkan bantuan kos sewaan RM2,000 dan menguruskan penempatan sementara mereka sementara kediaman dibaiki. “(Tetapi)… kita selesaikan dulu penyampaian sumbangan awal dan selepas itu kita akan uruskan perumahan,” katanya dalam sidang media…
Read MoreDay: April 9, 2025
219 ketua keluarga terima sumbangan
SHAH ALAM 9 April – Sebanyak 219 ketua keluarga yang terjejas dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights masing-masing sudah menerima sumbangan tunai RM10,000 dan RM5,000 manakala 250 lagi akan menerima sumbangan dalam minggu ini. Menteri Besar Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sudah memuktamadkan seramai 469 ketua isi rumah yang layak untuk menerima sumbangan sama ada RM10,000 atau RM5,000 yang diumumkan sebelum ini. “In syaa-Allah kita yakin kita akan dapat menyelesaikan sumbangan pada akhir minggu ini,” katanya dalam sidang media di Wisma Dewan Annexe di sini hari ini. Amirudin…
Read MoreHari Raya bersama ‘mercun, joget, kartun’
SUDAH 10 hari kita berhari raya. Sekolah sudah dibuka selepas anak-anak sekolah serta guru-guru berhari raya seminggu. Ruang pejabat sama ada kerajaan atau swasta kembali seperti biasa. Urusan kaunter kembali sibuk. Isnin, saya ke KWSP Kajang. Urusan pengeluaran pinjaman perumahan secara ansuran. Setiap 12 bulan akan buat. Itulah satu-satunya sumber pendapatan yang ada untuk bayar pinjaman selepas bersara. Alhamdulillah ada simpanan. Ramai yang beratur untuk dapatkan perkhidmatan. Tiba giliran saya untuk mohon pengeluaran tahunan. Disuruh pula buat online. Bab ni saya memang malas. Saya lebih gemar ke kaunter. Mudah. Apatah…
Read More‘Menjawab keperluan sebenar rakyat’
KUANTAN – Kerajaan negeri perlu bergerak ke hadapan dengan sistem pentadbiran yang lebih efisien, tersusun dan responsif bukan semata-mata memenuhi prosedur tetapi menjawab keperluan sebenar rakyat. Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, ini kerana rakyat menilai kerajaan bukan pada kata-kata tetapi pada tindakan, penyelesaian dan hasil kerja. Justeru baginda menitahkan seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri Pahang terus memperkemas dan memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam. “Saya juga mengambil maklum akan suara rakyat, pemaju dan pelabur yang melahirkan kebimbangan terhadap kelewatan dalam proses kelulusan projek serta permohonan tanah yang…
Read MoreTangkap, kompaun haiwan berkeliaran
KOTA BHARU 9 April – Dua kemalangan dilaporkan di daerah Kuala Krai membabitkan haiwan ternakan berkeliaran, hari ini, dengan satu daripada insiden itu menyebabkan seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira pukul 1 pagi selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu di jalan utama berhadapan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP). Susulan itu, Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas, termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap pemilik haiwan yang berkeliaran di jalan raya. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan…
Read MoreOperasi Khas HRA keluar 61,317 notis
SHAH ALAM 9 April – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 61,317 notis pelbagai kesalahan sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 di seluruh negara yang bermula 24 Mac dan berakhir tengah malam tadi. Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, berkata notis dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), hasil pemeriksaan ke atas 287,802 kenderaan di 353 kawasan ‘hotspot’ seluruh negara. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 511 kenderaan disita. “Sepanjang tempoh operasi itu juga, JPJ menerima 6,687 aduan melalui Aplikasi MyJPJ berkaitan kesalahan lalu lintas pada musim perayaan ini,…
Read MoreBerita pilihan…
Gaza jadi ‘medan pembunuhan’
NEW YORK – Gaza seolah-olah sudah menjadi ‘medan pembunuhan’ berikutan Israel meneruskan serangan tentera di samping menyekat bantuan makanan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Beliau berkata, lebih daripada sebulan, tanpa bantuan disalurkan ke Gaza sehingga penduduk kini sudah pun kebuluran atau diambang kebuluran. “Tiada makanan. Tiada bahan api. Tiada ubat. Tiada bekalan barangan komersial. Apabila bantuan telah habis, kita kini mula nampak kekejaman perang ini,” katanya kepada wartawan. Sambil merujuk kepada Konvensyen Geneva yang menetapkan perlakuan terhadap yorang awam ketika peperangan, Guterres menekankan kewajipan ‘kuasa pendudukan’…
Read MorePendatang diusir berdepan denda tinggi
WASHINGTON – Pendatang asing yang enggan meninggalkan Amerika Syarikat (AS) selepas diarahkan keluar berdepan denda yang tinggi sehingga AS$998 (RM4,480) sehari. Menurut satu laporan, ia merupakan langkah terbaru pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melaksanakan ‘operasi pengusiran terbesar’ dalam sejarah negara itu. Jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negara AS, Tricia McLaughlin dilaporkan berkata jika mereka gagal membayar denda, harta mereka boleh dirampas, menurut rancangan yang dicadangkan. Cadangan itu berasaskan undang-undang Persekutuan tahun 1996 yang menyatakan bahawa mana-mana pendatang asing yang tertakluk kepada ‘perintah muktamad pengusiran’ dan ‘dengan sengaja gagal atau…
Read More