130 unit rumah disahkan selamat

SHAH ALAM 5 April – Daripada keseluruhan 235 unit rumah yang dikenal pasti di kawasan Taman Putra Harmoni, sejumlah 130 unit rumah yang terbabit dengan tragedi letupan paip gas di Putra Heights disahkan selamat. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, susulan itu, penghuni 130 unit itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Bagaimanapun, penghuni di Kampung Sungai Baru belum boleh dibenarkan kerana keadaannya masih lagi belum selamat sebagaimana laporan pihak bomba, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan jabatan berkaitan. Justeru, beliau mengingatkan penduduk yang belum mendapat kebenaran untuk pulang, tidak pulang…

Read More

178 unit kediaman sementara sudah tersedia

SHAH ALAM – Sebanyak 178 unit kediaman sementara sudah tersedia untuk menempatkan mangsa yang terjejas dalam tragedi letupan saluran paip gas di Putra Heights Selasa lalu. Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata Airbnb bersetuju menaja 78 unit sementara bagi tempoh dua bulan manakala 100 unit daripada rumah Smart Sewa yang akan disewakan secara percuma ataupun dibiayai kerajaan negeri. Beliau berkata, proses pemberian bantuan perumahan itu sudah bermula, tetapi ia akan dimuktamadkan segera oleh Exco Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah dengan pihak Petronas. “Kita akan selaras dan bincangkan sebab angkanya sudah bertambah…

Read More

Siasatan tidak lindungi mana-mana pihak – MB

SHAH ALAM 5 April – Kerajaan Selangor memberi jaminan semua siasatan berhubung tragedi letupan saluran paip gas di Putra Heights adalah telus dan tidak akan melindungi mana-mana pihak, kata Menteri Besar, Amirudin Shari. Beliau merujuk kenyataannya sebelum ini yang dilihat bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Selangor,  Hussein Omar Khan yang mengesahkan wujud kerja pengorekan di lokasi insiden terbabit. “Pada hari pertama kejadian, saya hendak maklumkan kepada semua kenyataan itu sedikit sebanyak disalah erti oleh sesetengah pihak kerana sememangnya daripada perbincangan ringkas saya dengan Ketua Polis Selangor sebagai ketua penyiasat, kita…

Read More

Jamuan Aidilfitri batal, makanan tersedia diagih

SHAH ALAM 5 April – Semua persiapan seperti makanan yang disediakan untuk Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Peringkat Selangor yang dijadualkan esok tetapi dibatalkan akan disalur kepada pusat pemindahan sementara (PPS), Putra Heights. Menteri Besar,  Amirudin Shari, berkata selebihnya  akan disampaikan kepada sekolah-sekolah dan rumah anak yatim di kawasan berhampiran. Amirudin berkata, penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri itu yang dijadualkan berlangsung di Bandar Baru Bangi dibatalkan bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terbabit dengan tragedi letupan paip gas di Putra Heights. Katanya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Rumah Terbuka…

Read More

Sultan Ibrahim santuni mangsa paip terbakar

SUBANG JAYA 5 April – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM1,000 bagi setiap 308 keluarga mangsa letupan paip gas di Putra Heights. Sumbangan keseluruhan berjumlah RM308,000 melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) diberikan ketika baginda menyantuni mangsa terbabit di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights di sini. Baginda tiba di PPS berkenaan dengan memandu sendiri kereta Proton Satria Neo pada kira-kira pukul 10.20 pagi, diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Amirudin Shari. Terdahulu, Sultan…

Read More

Tambah 11 syarikat tidak boleh dipercayai

BEIJING – Sebanyak 11 lagi firma Amerika Syarikat (AS) termasuk Skydio dan BRINC Drones, disenaraikan sebagai entiti tidak boleh dipercayai oleh Kementerian Perdagangan China. Kesemua syarikat itu tanpa menghiraukan bantahan kuat dari China menjalankan  kerjasama teknologi ketenteraan dengan Taiwan, yang secara serius menjejaskan kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan pembangunan China, Menurut kenyataan itu, China mempertanggungjawabkan 11 firma itu atas aktiviti haram mereka, mengikut undang-undang dan peraturan.. China sentiasa mengendalikan isu yang berkaitan dengan senarai entiti tidak boleh dipercayainya dengan berhati-hati dan hanya menyasarkan sebilangan kecil entiti asing yang menjejaskan keselamatan…

Read More

Kematian di Gaza meningkat

GAZA – Kematian akibat perang yang disifatkan sebagai genosid sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,609 orang, apabila sekurang-kurangnya 86 lagi penduduk terkorban dalam serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 287 lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera akibat serangan Israel meningkat kepada 115,063 orang. Kenyataan itu memberitahu, ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka. Tentera Israel melancarkan kempen serangan udara…

Read More