BEIJING – Sebanyak 11 lagi firma Amerika Syarikat (AS) termasuk Skydio dan BRINC Drones, disenaraikan sebagai entiti tidak boleh dipercayai oleh Kementerian Perdagangan China.
Kesemua syarikat itu tanpa menghiraukan bantahan kuat dari China menjalankan kerjasama teknologi ketenteraan dengan Taiwan, yang secara serius menjejaskan kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan pembangunan China,
Menurut kenyataan itu, China mempertanggungjawabkan 11 firma itu atas aktiviti haram mereka, mengikut undang-undang dan peraturan..
China sentiasa mengendalikan isu yang berkaitan dengan senarai entiti tidak boleh dipercayainya dengan berhati-hati dan hanya menyasarkan sebilangan kecil entiti asing yang menjejaskan keselamatan negara China.
Kerajaan China, seperti kelaziman, mengalu-alukan syarikat dari semua negara untuk melabur dan beroperasi di China dan komited untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang stabil, adil dan boleh diramal untuk perusahaan asing yang beroperasi mengikut undang-undang dan peraturan.