Kebarangkalian Omicron di Thailand

BANGKOK 6 Dis. – Thailand melaporkan kes pertama kebarangkalian varian Omicron, melibatkan seorang lelaki Amerika yang dalam perjalanan dari Sepanyol.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr Suakit Sirilak berkata, lelaki berusia 35 tahun itu disahkan positif pada 1 Disember dan kini menjalani rawatan di hospital.

Beliau berkata ujian saringan yang dijalankan ke atas lelaki itu menunjukkan 99.2 peratus positif untuk varian Omicron, tetapi beliau akan menjalani ujian lain.

Lelaki itu menggunakan penerbangan Emirates Airline  EK372 dari Dubai ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi Airport tanpa menunjukkan simptom..

Tiada kontak rapat dengan kes itu setelah lelaki berkenaan mengambil langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, terdapat 19 orang termasuk kakitangan hotel dan lapangan terbang yang telah berhubung dengan lelaki itu.

Pihak berkuasa kesihatan sedang menjalankan ujian lanjut terhadap mereka.

Sementara itu, Dr Suakit menafikan laporan terdapat pesakit Afrika yang didapati positif Omicron sebaliknya pesakit menjalani saringan untuk varian Delta.

Awal bulan ini,  Thailand turut mengenakan larangan kepada kemasukan pelancong dari lapan negara Afrika berikutan penemuan varian Omicron.

Related posts

Leave a Comment